Rabu, 19 Ogos 2009

Penjelasan Isu Kuil Di Seksyen 23 Shah Alam

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam - Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
Posting terdahulu yang berkaitan : Persoalan Kuil Sek 19 & Tindakan Pewaris (10 Januari 2009)

46 comments:

Anonymous said...
buat perbandingan bergambar, tempat sekarang dan tempat cadangan
Anonymous said...
sy mohon yb ir khalid highlightkn prkara ini di parlimen bagi semua mp bn tau apa itu pekida dan pewaris..mereka ini lbh dasyat dr hindraf..cuma mereka ini bertopengkn "melayu" maka mereka ini seolah2 mendpt lesen terbang dr menteri dlm negri bahkan dari pm lg..sy rasa kalo kita sentiasa panaskan perkara ini x mustahil beberapa mp bukan islam dr bn akan berhijrah ke tempat baru..yb blh buat serampang 2 mata..satu bagi rugi kat blah dan satu lg bagi untung kat blah sini...
Karenah Umno said...
tahi umno lagi ... sekarang ni dah menjadi tradisi mereka kacau tahi mereka itu pastu tuduh orang lain dok berak merata-rata.
dut_KB said...
banyak betul tahi BN nih... berak bersepah pastu x mengaku dia punya... bila kecoh jer, cepat2 tuduh orang lain.... sblm ni mcm tu lah...semasa PAS kelantan mengambil alih negeri, PAS byk duk bayar utang2 BN yg tinggalkan, pastu buat kecoh jer cakap PAS x buat apa2 utk rakyak... tapi alhamdulillah ia dpt bertahan sehingga lah hari... UMNO SUKA BUAT KECOH DGN TAHI DIA SENDIRI.......
Nasirliz said...
TP..pinjam paste dlm blog saya.
Anonymous said...
Tuan Saya pernah tinggal di seksyen 18 shah alam..bertahun duduk dan kerja disitu..faham sangatlah tentang kawasan tu..tak payah nak dolak dalik lah..buatlah kat seksyen 22..pasal apa nak diubah-ubah lagi..buatlah keputusan dengan mata hati Islam..hanya 40 orang India ada kata situ..sementara ada kuasa tu..bantulag orag2 Islam Melayu tak kiralah PAS ke PKR ke UMNO ke..ni orang Islam...saya buka ada parti..sya orang islam..menyembah Allah...janganlah sampai sdra dibutakan matahati oleh Allah swt..buta mata tal pe..tapi kalau dah buta mati..nauzubillah..bertaubatlah..jangan kerana elaun yang seciput itu..kita nak gadaikan hak orang Islam Melayu..tak takut ke kita di hisab di padang mahsyar nanti...
Anonymous said...
Buat ape la nk kecoh2 pasal kuil ni. Senang2 meh la wat kat sebelah rumah aku ni ha.. xde hal punye.. puak2 UMNO ni tggu masa nk cari isu je.. pedulikanlah..
matstimketum said...
pindahkan ajelah kuil tu,pengikut hindu pun dah setuju. saya selalu ke shah alam melawat sedara. pedulikan gesaan pengikut umnongok, mereka memang ngok!
Anonymous said...
memang betul kuliah magrib dan jumaat pun mereka larang ..x tahu lah nak panggil apa pd puak ni note..dah lama tinggal kat selangor..
putera umno permatang pauh said...
umno memang dah murtad,keluar islam.. tak nak undang-undang islam.. tapi undang-undang yahudi seperti isa di agungkan..
Anonymous said...
Tapi depa pun nak syurga jgk .. Amacam?
khairi hadhari said...
Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar. Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu. PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin. Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man. Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Senada dengan Majlis Peguam Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang. "Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu." Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak. Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat. Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau. Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral. Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai. ImageMenurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah. Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah). Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.
putera umno permatang pauh said...
mereka sendiri tak nak masuk syurga,. kalau nak masuk syurga WAJIB laksanakan semua suruhan ALLAH.. bukan sebahagian atau beberapa kerat sahaja seperti yg dilakukan oleh UMNO
Anonymous said...
utk semua bacalah terbaru.. "Ku Li: Apakah Umno kurang calon?" Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir. "Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai. "Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya. Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam" link http://www.malaysiakini.com/news/110902
Anonymous said...
kat manik urai muhyidin kutuk penjaja ikan kan?? apa kata kita kutuk si pecah amanah ni kat permatang pasir??
Anonymous said...
"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini. "Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka. "Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya. Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. "Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/110902
pak din vs rosmah said...
muhyidin cakap masalah firma, majlis peguam cakap masalah peribadi,
Anonymous said...
umno/bn ni ibarat org lemas dlm sungai lepas berak....bila dah lemas nih bukan kata batang kayu yang lalu depan dia..buaya lalu pun dia bergayut..nak lg lemas tahik yang dia berak td po dia nak bergayut...apo benda skali po kat s'gor dia nak kacau..x kiro benda baik ke x janji ada isu..ada talian hayat..pemimpin pr jgn layan sgt la puak2 mengong ni..dia tau undi cina/india kat s'gor makin susut dia cipta isu nk bagi besau utk undi melayu pulak maka dihntar la anak buah ali rustam/gostan wat onar di bumi s'gor ni..pekida/pewaris ni lbh hina dr hindraf..
Anonymous said...
Pemimpin mereka sendiri yg ulas .. Nak nafi lagi ke?
Anonymous said...
zahid cakap tak apa pun,kita akan jelaskan pada pengundi nanti..
Anonymous said...
jalil cakap undi lah PAS..
Anonymous said...
zahid cakap kalau nak gaduh,lepas buang undi la nanti,sekarang jgn dulu..
Anonymous said...
Kuil kat Batu Caves yang Dewa Murujib duduk tu satu bukit umno bagi tanah kalau PR nak protes jugaklah..Tapi dalam ajaran islam ianya tidak melarang penganut agama lain menjalankan ibadahnya. Memang umngok parti perkauman sempit yang bodoh tolol.
Anonymous said...
semua pengundi permatang pasir tahu,umno bahagian ni ada masalah peribadi..dari ketua dan semua pemimpin..
Anonymous said...
zahid cakap nak pecat kalau sabotaj calon
zali said...
pindah tempat tu bagus bila tempat lama tak sesuai tapi bila pindah tempat baru... dah tentu la tempat baru lebih luas...lebih selesa...lebih banyak belanja... sapa yang untung? dah tentu la hero-hero tamil. melayu apa dapat di kawasan tu? kuil dari kecil akan jadi besar...TAPI MASIH JUGAK BERADA DI KAWASAN PENEMPATAN MELAYU. projek bina kuil dah tentu masuk ke kontraktor tamil yang di lantik pr... 'satu lagi projek tak masuk akal pr yang merugikan melayu dan menguntungkan tamil'
Anonymous said...
kan umno dulu yg mula2 mainkan isu agama ni.. ngok betul..
Anonymous said...
apa lah nak bising-bising. saya pergi bandar hilir melawat harmony street. rasa bangga. kuil, masjid, tokong sebelah menyebelah. ok je. jadi tempat menarik untuk dilawati lagi. betul tu, puak2 ubn tu, jangan dilayan.
Anonymous said...
yelah... tak kena tak tempat sendiri.. kalau dah kena kat tempat sendiri baru tau...
PUTRAKENCANA said...
Ya betul tu Zali, mereka buta mata dan buta hati, senang diperkudakan oleh bangsa pendatang ini. Ikut ajelah kata bangsa pendatang ini. Yang menerima akibatnya, Melayu Selangor jugak. Sampaikan wang zakat orang islampun depa nak bagi kat bangsa lain. Hairan betullah.
Anonymous said...
umno jual arak kat penempatan melayu selama 50 tahun sejak merdeka
Anonymous said...
jangan di layan sangat orang dah murtad islam ni,yg tolak agama dlm kehidupan seharian.. yg dah tolak agama islam ni tak boleh masuk syurga
khairi hadhari said...
Sekumpulan anak muda sedang minum arak dan berpelukan sesama mereka. Seorang makcik tua yang bertongkat melihat dan berkata, "Wahai Anak muda, apa kalian tidak bimbang kalau kalian di tempatkan di neraka?" "Makcik cakap baik baik ye !!!" kata salah seorang dari anak muda lalu makcik di belasah beramai ramai. "Okkkk ... Baik lah ... nkorang akan masuk syurga !", makcik tu merubah kenyataan. "Yeaahhhhhhhhhhhhh !!! kita masuk syurga ", disambut riang oleh anak muda sambil mereka terus minum dan berjoget. "Yammmmm sennnnnnggggg !" Read more...
Anonymous said...
Tengok pencacai yahudi ni..komen bodoh mempermainkan agama je yang diorang reti buat je..kalau nak diikutkan hukum dah jatuh murtad dah..Tapi murtad2 ni mufti harussani takbleh sebut nanti kena pecat hilanglah wang gaji dia.
Anonymous said...
Malaysia sekarang ada 2 bala' i) Selsema Babi H1N1 ii) UMNO
zalitunggaklangitputrakencanaBODOH!! said...
zali and putra kencana manusia yg bodoh dan racist..tlalu pentingkan bangsa hingga lupe negara kite ni mmbangun bkn hanya kerana melayu saja..sedih laa ko ni zali..mmg pencacai tegar umno bn..aku rase frust laa..org2 cm zali ngan putrakencana ni laa yg byk buat kaum lain benci ngan melayu..sdr cket zali oii..melayu dr mane????indon kn????so...xsdr diri sndri pendtg gk ke??
Anonymous said...
hahaha... Zali ngan puterakencana tu sembang memang berapi2... tp aku berani potong *^#*k sendiri kalau dia berani tegur atau protes seandainya KERAjaan BN yang buat pojek ni... pencacai UMNO mcm ni mmg x nampak dh kebaikan org lain sebab lama sangat dok tgk lambang dacing.. rosak mata woo...
Anonymous said...
saya sokong YB Khalid.. surau depan mata pon payah nak pergi.. banyak plak ceritanya. jalankan jer projek pembinaan kuil tu..
Atok said...
Buat anak zali dan geng yang masih dapat upah dari umno...semoga seronok menikmati duit gaji haram...dah bagi dekat mak bapak kat kg ke???buat duit pergi umrah....haji ke.... nie klip video best dari atok...bagaimana umno MEROBOHKAN MASJID...DAH LUPE KE??? MAKLUMLAH .....DAPAT DUIT KATAKAN...NIKMATILAH,TAK PAYAH NAK JADI JUARA KEPADA ORANG MELAYU..KALAU MASJID PUN UMNO BOLEH ROBOHKAN... http://www.youtube.com/watch?v=Qtf3SosPEyc
Anonymous said...
zali dan putra kencana said....Ikut ajelah kata bangsa pendatang ini..... kajilah balik sejarah merdeka,tunku dan umno dah kemaruk sangat nak jd pm...jd ikut saja apa yang british syaratkan tampa fikir implikasinya di kemudian hari.
Anonymous said...
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua’alaf bertakrif Melayu. Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: “Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran” Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka. ( Usman Awang)
melayu dan Islam..korang??? said...
soalan untuk semua,, 1. ada ke bangsa lain yang membela kita sebagaimana kita membela bangsa lain ? 2. pernah ke terfikir kalau benda yang sama terjadi kepada keluarga kita ?
Anonymous said...
Melayu dan islam..tu kena tanya puak2 umno racist kenapa itu semua berlaku.. Dalam PR,setiap bangsa tolong menolong.. Nak hidup aman damai semua kaum,bn perlu dihapuskan dari muka bumi.
Anonymous said...
SHITTTT....UMNO/BN lagi..... bersepah2 depa buang nih.... UMNO ni memang parti perkauman..!!!!
Anonymous said...
Eh...UmNGOK BELA MELAYU KE??? Sape yang nak membela diri sendiri kalau bukan kita...Sebenarnya kita adalah kerajaan sebab kita yang pilih PEMIMPIN pada pilihan raya..so kalau kita tak undi boleh ke dorang tu menang??? Kalau nak pilih kene pandai pilih...dah 50 tahun Barisan Najis memerintah...Malaysia jadi bertambah miskin. Barang Mahal, Tol Mahal, Minyak Mahal, Tambang Naik ada korang fikir??? Bila PR memerintah negeri korang cakap PR tak bagus... PR baru perintah setahun... Kalau PR tak bagus, PRU kita tukar balik Barisan Najis memerintah,boleh dapat hadiah PENYAPU FREE!!!...
Anonymous said...
Abang sekalian. Aku setuju dengan memberi perancangan untuk penduduk. Setiap rakyat Malaysia harus mendapat peluang untuk mendapat tempat ibadat. Tetapi biarlah masuk akal. Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak kuil hindu akan dibina dimana sahaja tanpa mengira pelan untuk bandar atau daerah itu. Apabila ada mimpi terus bina tak payah nak beli tanah ke dan sebagainya. Dan saya dengar dari kecil boleh menjadi besar. Aku tak mengutuk agama lain, tetapi saya rasa boleh kalau dibina kuil ditempat yang ditetapkan. Yang saya lihat disini ialah dari sudut mengambil tindakan untuk menjalankan operasi memastikan kuil ini semua tidak menggangu perancangan bandar dan sebagainya, lebih lagi kalau dibina ditempat yang akan dibina komplek shopping ke (midvalley), perpustakaan ke dan etc. Tapi waktu UMNO dulu bila penguatkuasa hendak merobohkan atau memindah ditentang sampai pegawai penguatkuasa kena marah dan sebagainya. Tapi nampaknya kita sekarang boleh berkompromi dari segi ini. Saya harap Abang sekalian boleh berbangga dangan pencapaian ini, tetapi jangan lupa isu ini pun telah cuba ditanggani oleh pihak kami. Cuba kalau perkara begini berlaku di Singapura, jawab nya bye2. Abang sekalian, kena ingat UMNO dari dahulu (merdeka) lagi sebahagian dari BN dan PAS hanya sekarang baru dalam PR. Pada pendapat Abang sekalian siapa yang lebih berpengalaman dalam hubungan antara kaum. PAS baru berapa tahun dalam PR dah expert dalam hubungan antara kaum, jadi saya rasa baik saya lihat dan tengok. Kerana saya rasa diminda Abang sekalian pun Abang sedar akan hala tujuan PAS dan PR sekarang. Selamat berjaya.