Selasa, 27 Oktober 2009

JAMBATAN GANTUNG RUNTUH KERANA...


Apa yang berlaku di SK Kuala Dipang ialah kerana;
  1. Kontraktor buat kerja cincai , tak ikut spec, tak ikut prosedur keselamatan.
  2. Nisbah guru pengiring dengan murid tak cukup.
  3. Tidak ada kawalan keselamatan.
  4. Pelajar bebas bebas ke hulu ke hilir tanpa pengawasan.
  5. Guru lebih banyak buat hal sendiri dan berbual bersama rakan.
  6. Guru menyerahkan tanggujawab kepada ketua kem sahaja.
  7. Tidak ada peringatan tentang bahawa bermain diatas jambatan gantung.
  8. Budak-budak terlalu seronok diatas jambatan dan mungkin yang menghenjut-henjut kerana teruja dengan jambatan yang boleh membuai.
  9. Ketua kem atau jurulatih kurang pengalaman dalam hal perkhemahan.
  10. Tidak ada penyelamat yang mempunyai pingat gangsa atau atau kelulusan JPAM.
  11. Guru syok sendiri sebab dapat keluar dari sekolah.
Sekarang apa nak buat? Guru yang terlibat sudah tentu tidur tak lena sebulan dua ini. Satu jawatan kuasa harus menyiasat dari segala aspek pembinaan, prosedur keselamatan, peraturan perkhemahan dan papan tanda amran, dan lain-lain lagi. 22 orang murid terjatuh serentak memang dapat kita gambarkan bagaimana keadaannya dan bebanan yang dialami oleh struktur binaan.

Masih ingat tragedi jeti penumpang Pangkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang yang mengorbankan ratusan nyawa sekitar 80an dahulu. Runtuhan kerana terlalu ramai penumpang yang berasak-asak untuk menaiki feri.

Kepada guru-guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana jabatan tidak akan membela tuan-tuan jika sesuatu berlaku. Pandai sendiri lah untuk mencari peguam untuk membela tuan-tuan.

Masih ingat peristiwa seorang guru yang membawa pelajar nya untuk menyertai pertandingan takraw telah terlibat dalam kemalangan maut. Nasib lah guru tu mati, kalau dia hidup boleh jadi mereng dan gila.

Begitu juga jika guru yang rajin memanjat tempat-tempat tinggi untuk memasang antena, memaku , mengikat, mengecat atau apa-apa tugas lain di sekolah dan jika terjatuh dan cacat kekal. tanggunglah sendiri...

So nak buat apa-apa pun , harus beringat dan berwaspada.