Isu tangkapan MAZA tidak perlu diperbesarkan. Bukan kerana kandungan kuliah yang dipertikaikan tetapi prosedur. Tidak ada tauliah tak boleh berceramah. Jika MAZA berkata bekas mufti , tak perlu tauliah, dia sudah takbur. Undang-undang dan peraturan tidak kenal darjat
Contoh Ketua Polis Negara yang pencen , bawa motosikal Harley sampai ke Johor, Utara dan Pantai Timur, tanpa memakai topi keledar. Perbuatan tidak memakai topi keledar adalah satu kesalahan. Polis trafik tangkap bekas KPN dan dakwa di mahkamah. Bekas KPN tak boleh kata aku KPN tak perlu pakai topi keledar.
Oleh itu KPN sepatutnya kena pakai topi keledar dan topi yang baik dan ikatan lebih kemas lagi. Barulah ia tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana KPN adalah ikon negara.
MAZA juga adalah ikon dalam bidang agama. Oleh itu beliau kena patuhi undang-undang. Persoalan timbul lagi, berapa kalikah JAIS menegur dan menasihati MAZA? Adakah MAZA telah ingkar dan terang-terang melanggar arahan JAIS?
Dalam islam seperti yang disebut oleh PM. laksanakan hukum tarbiah terlebih dahulu. Oleh itu JAIS perlu laksanakan prosedur yang betul, Setelah rundingan secara lisan dan bertulsi dengan MAZA dilakukan dan MAZA berdegil juga, baru lah laksanakan tangkapan.
Seorang pemimpin besar hendaklah dihormati. Ambil contoh kematian Allahyarham Fadhil Noor. Kerajaan BN yang memerintah memberi penghormatan besar kepada beliau. Pernerbangan khas membawa balik jenazah beliau dilakukan oleh TUDM kerana menghormati kedudukan Fadhil Noor tanpa mengira parti.