“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tapi kalau apa yang dituliskan blogger itu banyak perkara yang berunsur provokasi, fitnah, apa ilmu yang kita dapat? Itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.
"Tambahan pula jika tulisannya itu dengan niat nak melaga-lagakan orang... kalau molek (betul) tak apa". Rujuk di sini.
Itu kata dia sekarang, selepas dia kena penangan blog. Baru dia tahu bagaimana seksanya hidup kalau diserang melalui blog. Bila sudah kena atas batang hidung sendiri, pandai pula keluarkan 'fatwa'. Waktu kena atas batang tubuh musuh dia , dia seronok.
Saya masih ingat lagi, sewaktu Raja Petra ditangkap kerana memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2008, Nik Aziz siap hantar satu warkah pengiktirafan kepada Raja Petra kerana berani.
8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429
YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.
Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.
Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS - mr
Sekarang sudah terbukti yang Raja Petra melakukan fitnah. Pada masa kejadian DS Rosmah berada di satu majlis berbuka puasa. Tetapi, sehingga sekarang tidak pernah pun kita dengar Nik Aziz tarik balik surat beliau kepada Raja Petra. Blog kutuk atau fitnah musuh politik beliau dikira halal, tetapi jika kutuk atau fitnah dia, tak boleh. Itulah dia, Nik Aziz dan para bloggernya.
Kepada pembaca sekalian, nampaknya sekarang PAS telah terasa bahang panas serangan daripada kami semua. Jika dahulu hanya 'kaum-kaum' mereka yang menguasai media baru, tetapi sekarang tidak lagi. Itulah yang mengundang keluh kesah mereka.
Politik dunia IT bermula pada tahun 1998 sehingga sekarang . Mereka menggunakan internet untuk membuat fitnah dan memaki hamun selama sepuluh tahun. Kita baru masuk tak sampai dua tahun lagi, mereka dah pula panas. Kita akan berjaya, jika prestasi yang ada sekarang dipertingkatkan lagi.
Kepada para pembaca sekalian, kami bukan sengaja memilih jalan ini untuk berperang, begini, tetapi kami terpaksa melakukan. Bukan pilihan kami untuk memaki hamun para pemimpin PAS. Tapi kami rasa terpanggil untuk berkurang ajar dengan orang yang memulakan kurang ajar. Siapa yang mulakan ? Blogger-blogger PAS.
Dulu, jika kita lihat , mana ada blogger-blogger anti PAS yang sanggup memaki hamun Nik Aziz atau pimpinan PAS yang lain. Mereka masih ada rasa hormat ke atas orang yang kononnya bergelar 'tok guru'.
Sekarang tidak lagi. Memaki hamun Nik Aziz telah menjadi makanan geng-geng kami. Kerana apa ? Kerana blogger-blogger pro PAS yang mulakan kempen maki-memaki. Sebagai contoh anda boleh lihat di blog perisik rakyat dan laman web tranungkite online. Sila rujuk balik archive-archive mereka.
Bila mereka yang mula kurang ajar, itulah yang menyebabkan kami pun terpaksa jadi kurang ajar. Begitu juga semasa krisis Perak tahun lepas. Dr.Zambry dipanggil dengan pelbagai kata-kata hina. Itulah juga yang menyebabkan kami pun mula memberi pelbagai gelaran kepada Nizar.
Kami pun tak boleh tahan, bila asyik melihat dan membaca pemimpin kami dimaki hamun, dicerca dan sebagainya. Kami tidak boleh bertahan, bertahan dan terus bertahan. Kami juga harus menyerang. Akhirnya serangan yang kami lakukan telah mula menampakkan hasilnya sekarang.
Kami tidak akan kurang ajar, sekiranya kami tidak dicabar atau diajar untuk kurang ajar. Kami tidak akan berhenti menyerang, kami akan terus menyerang sehingga sampai ke garis penamat. Alang-alang celup pekasam , biar sampai ke pangkal lengan.
Sekian
RBF
GAP
DET
PISAU
PAPA GOMO
PARPUKARI
MEDAN INFO
GARAMANIS
TAIPING MALI