Rabu, 20 Januari 2010
BLOG PAKATAN RUYUB TAKUT DENGAN LIM GUAN ENG
Sejak Ahad 17 Januari 2010 hingga hari ini, belum ada satu pun laman web atau blog pembangkang yang menulis mengenai kejadian bot naga yang karam di perairan Pulau Pinang. Untuk menulis bagi mengucapkan simpati pun tak ada. Harakah pun senyap tak berani mengulas.
Ia amat berbeza dengan kejadian jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang Perak pada November 2009 lalu. Keseluruhan blog pembangkang termasuk juga laman web yang menjadi lidah-lidah bercabang parti seronok menulis tentang kecelakaan tersebut.
Begitu juga bila tragedi kereta jatuh dari tingkat parking di KB Mall yang meragut dua nyawa. Tidak ada yang menulis. Apakah mereka takut untuk menulis, takut untuk bercakap benar kerana sepanjang masa asyik menulis yang karut dan ftnah saja?
Ini lah sikap dan perangai pembangkang yang sebenarnya.......memalukan..