Hari ini rata-rata ahli Pas bercakap isu F1.
Kerajaan bodoh pergi buang duit kat F1 sampai 1 billion ringgit. Kerajaan Brunei yang kaya raya pun tak minat nak anjur F1, kira pula yang tergedik-gedik seronok nak masuk F1. F1 ni bukan ada untung apa, nak pi tengok pun tiket mahal sampai beratuih-ratuih. ada beribu pun ada. Rakyat susah kena tanggung gula naik harga. Bodoh Najib , Ada ka patut, jimat 1.3 billion dari gula , pi labuq 1 billion kat F1. Mana dia yang dok kata Rakyat didahulukan?Ini lah modal Pas hari ini. pergilah mana-mana pun isu ini disembangkan, ada yang menjawab dan ada yang diam. Diam bukan apa, sebab malas nak bertekak dengan puak-puak bodoh piang. Lagi pula itu kerja depa, sentiasa cari isu nak hentam Najib. Dulu hentam Pak Lah. Akan datang hentam Mahyiddin pula.
Macam isu Lebuh Raya PLUS, dulu hentam kononnya membazirkan wang rakyat. begitu juga dengan Jambatan Pulau Pinang. dan NKVE di Lembah Kelang.
Projek kereta nasional pun tak terlepas dari kutukan. Kereta Exora keluaran baru Proton pun dikritik, tak cantik, tak dak pickup, cc kecil mana larat naik bukit. Baik lagi beli Avanza.
Oklah TM yang yakin dengan Proton Exora dah 9 bulan pun dok lanyak. memotong lori 4 biji sekali harung tak ada masalah. bila tekan pedal RPM naik 4 ribu tenaga VTEC datang. berdesup saja. kalau ke Ipoh penting 40 minit dah sampai bandar Ipoh. Nasib lah kalau kena saman, bayar lah. Baru keluaq depa kutuk lah , esok-esok depa yang dok gila beli Exora untuk angkut orang pergi ceramah.
Sama lah dengan Perodua Kancil. mula-mula TM beli 1994 dulu semua kutuk 660 cc mana boleh panjat bukit kemudian masa pergi tengok bola di Ipoh TM potong dia masa canggah naik Bukit Menora sebelum terowong. Sekarang kancil menjadi kereta palinng banyak atas jalan.
Kereta-kereta Proton hari ini menggunakan teknologi yang canggih. Mula-mula sebelum beli Exora memang terkejut tengok specs , enjin 1600cc vtec (cps) tapi kuasa kuda 125hp. Bila ujipandu baru tahu power dia dan road handling Lotus memang hebat. Terutama pada kereta Persona , Satria Neo dan Gen2 yang lama dan baru.
Itulah yang kita dapat hasil penguasaan Lotus. Cuma yang amat rugi bila Pak Lah jual Agusta. Jika tidak kita akan dapat lihat proton three wheeller baru di atas jalan. (gabungan motor kereta)
Pelaburan Malaysia dalam F1 tahun 2010 ini cukup bagus dan berani. Dalam keadaan kegawatan dan banyak syarikat besar dari Amerika seperti General Motor GMC mengalami kerugian besar dan ada yang telah muflis, Malaysia mampu melabur dalam F1, dan sudah tentu pelaburan 1 billion akan membawa pulang hasil yang baik untuk negara dalam jangkamasa panjang.
Keuntungan dalam industri kereta sudah tentu, pelaburan luar untuk melabur dalam lain-lain sektor juga akan meningkat. Bila kerajaan kukuh, pelabur akan masuk. Jika huru-hara dan sepanjang bulan Pakatan haprak menganjurkan demontrasi jalanan, pelabur pun tak akan datang, Salah siapa jika ekonomi negara merudum.
Celaka mamat Aljub hanya menyalahkan kerajaan bila ekonomi merudum. Salah dia buat huru hara tak sebut, memang celaka.
Orang Pas pun satu celaka. kutuk kerajaan buat kereta, sekarang depa lah yang banyak beli Proton dan Perodua, letak kepala nik aziz dan bulan di keliling kereta.
Tak cukup lagi tulis, SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT. tapi depa lupa ada tambahan nya iaitu. SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT, SOKONG PAS ANDA JADI HAMPAS.
Orang Pas kalau kita tengok banyak yang bulat-bulat, apa tidaknya semua gula lebih dalam badan. bila sakit pandai pula mengadap hospital. makan ubat. homodilasis, ada yang kena kerat kaki . semua kerajaan zalim yang tanggung. Minum kopi selagi gula tak berpusing dalam cawan tak boleh minum. Bila sakit menyusahkan orang.
p/s, TM adalah peminat F1, Japan GT dan motoGP...hehe..pengunjung setia SepangF1. cuma belum ada peluang nak test trek hujung2 minggu dgn kereta dan motor.