Ahad, 17 Januari 2010

PERAHU NAGA DITELAN NAGA LAUT?


Belumpun selesai kes panas peristiwa SK Kuala Dipang Perak berlaku lagi kes yang hampir sama hari ini di Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Enam pelajar Sekolah Menengah Chun Ling dikhuatiri lemas selepas perahu naga yang dinaiki 17 orang termasuk guru tenggelam di perairan Lebuh Macalom jam 8.30 pagi tadi. Pelajar terbabit dikatakan sedang menjalani latihan perahu naga dan 11 yang lain dapat menyelamatkan diri.

Berapa pulak tuntutan yang akan dikemukakan oleh ibubapa mangsa. Kalau dahulu ia berlaku di Perak dan pihak pembangkang menyalahkan kerajaan negeri Perak. Pembinaan jambatan yang tidak mengikut specs, dan pengendalian program dipertikai.

Sivakumar dan geng peguam pakatan rakyat berulang kali menemui pihak-pihak terlibat dan menekan mental mereka sehinggakan jabatan pelajaran terpaksa memberi bimbingan dan kaunseling kepada kakitangan yang terlibat dalam program.

Kita lihat pula apakah bentuk kritikan dan tekanan yang bakal diterima oleh pihak sekolah tersebut. Berapa juta pula tuntutan yang bakal menyusul.

Apakah bantuan yang akan dihulurkan oleh Ust LGE kepada keluarga mangsa.