Sabtu, 23 Januari 2010
TAK DAPAT BALKIS , NAK ROMPAK YBK PULAK.
Khalid gagap cuba menutup kesalahannya untuk merampas tanah milik YBK dan menjadi CEO YBK. Bijak sungguh Si Gagap menipu orang ramai. Penipuan juga turut disokong oleh greenboc. Menuduh YBK nak jual tanah? He he . Nak tahu kisah sebenar yang telus boleh baca di laman YBK. Dato Hj Zainal Abidin Sakom menjadi sasaran Si Gagap kali ini.
Yayasan ini bukan di Selangor saja tetapi melibatkan banyak negeri dan ia adalah usaha Umno, bukan ada setitik pun usaha usaha Pakatan Haprak. Sejak memerintah Selangor adakah Khalid mengarahkan isteri-isteri wakil rakyat Pakatan menubuhkan badan kebajikan seperti Balkis sebelum ini.
Pakatan Reput mana berani menubuhkan Yayasan atau badan-badan seperti Balkis sebab keadaan mereka yang terumbang ambing . Tidak percaya antara satu sama lain. Dap tak percaya Pas, Pas tak percaya Pkr, Pkr tak percaya Pas. Begitu lah sampai bila-bila pun selagi mereka memegang Selangor.
Bagaimanapun atas sebab politik mereka sanggup membohongi rakyat dengan pelbagai alasan politik. Kepada yang percaya habis lah. tetapi kalau menilai dan mengkaji akan nampak lah siapa sebenar kaki kelentong rakyat.