Sabtu, 23 Januari 2010

TOK GURU KENA MINTA MAAF KEPADA RAKYAT KELANTAN


Nik Aziz telah membazirkan wang rakyat dan memberikan kepada seorang individu atau syarikat. Beliau juga telah membohongi rakyat dengan menyatakan ia adalah satu kesilapan teknikal. Nik Aziz perlu mengaku bahawa kerajaan Pas di bawah pimpinannya lemah dan korupsi. Kerajaan Pas tidak layak mentadbir negeri sebuah negeri yang besar seperti Kelantan, malah mentadbir sebuah mukim pun Nik Aziz tidak layak.

BACHOK: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam, mengaku kerajaan negeri terpaksa membayar Jutaan ringgit kepada sebuah syarikat, ekoran masalah berkaitan perjanjian Projek Bazar Tok Guru yang ditandatangani syarikat itu bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Beliau berkata, sudah berlaku kesilapan teknikal mengenai perjanjian itu yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menarik semula perjanjian yang dibuat dengan syarikat terbabit sebelum ini.


Bukan saja mentadbir negeri atau sebuah mukim malah untuk membuat sebuah perjanjian pun Pas tidak mempunyai kepakaran. Jika begini usahlah bercakap mengenai Hudud atau bercakap mengenai Negara Islam.