Ahad, 7 Februari 2010

CINA DAP DAN CINA MCA


Jangan salah faham bila baca tajuk, ini bukan rasis tetapi sekadar bercerita dari pengalaman hidup. TM mempunyai ramai rakan-rakan Cina, ada dari Kelantan, Kedah, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak senang cakaplah 1 Malaysia.

Rakan-rakan ini ada yang ok dan ada yang kurang ok. Yang kurang ok tu, biaq pi kat dia lah. Melayu pun serupa juga macam tu. Mungkin ada melayu lebih teruk dari cina ni.

Cina sama cina pun ada yang tak ngam. pasai apa? Pasai pemikiran dan cara hidup tak sama. Ada sorang kawan mai dari Kedah. Dia ni tak boleh berkawan dengan cina  tipikal cina. Siasat punya siasat rupa-rupanya dia ni hanya boleh bercakap hokian tetapi tak boleh bercakap mandarin dan tak reti membaca dan menulis dalam mandarin. So dalam banyak hal dia ni ditinggalkan atau dipulaukan.

Kononnya tak patriotik. Kesian dia, yang syoknya dia ni bila bercakap melayu dan tak tengok rupa sebiji bunyi melayu Kedah. Bukan tu saja. malahan boleh fasal surah-surah pendek muqaddam. Dia ni anak cina Sg Petani. Masa kecik dia pi sekolah orang putih sampai menengah, berkawan dengan semua kaum. Last-last melayu juga jadi kawan karib. Hari ini ahli MCA seumur hidup.

Sorang lagi kawan ialah cina Kota Bharu Kelantan. Dia ni lagi lah teruk, langsung tak reti bercakap cina apa lagi mandarin. Kes pun sama , kena boikot oleh kampung tipikal cina kampung. Dia pun ahli MCA juga.

Sorang lagi ialh keturunan baba dari Melaka. Sama juga kes, mengaji sekolah orang putih dari kecik sampai besaq. Tak buleh nak ngam dengan tipikal kampung cina.  Bahasa pertuturan ialah english dan bahasa melayu. Juga ahli MCA.

Ketiga-tiga Cina yang diceritakan di atas adalah sebahagian kecil dari ramai lagi rakan-rakann Cina. Ketiga-tiga datangnya dari sekolah jenis kebangsaan Ingeris  yang masih popular sampai hari ini. Sekolah jenis ini adalah sekolah yang pelajarnya datang dari pelbagai kaum. Ia dapat membentuk satu bangsa Malaysia.

Lihatlah Dato Tiong Lai dan ramai lagi pemimpin MCA yang semuanya hebat-hebat, Perpecahan dalam MCA agaknya ialah pertembungan dua kelompok cina moden more malaysia dengan tipikal kampung Cina yang lebih mementing Mandarin dan budaya ortodok. Betul ker Jom tanya pendapat Dato Ti Lian Ker.

Untuk berbicara mengenai Cina Dap rasanya tak payah la... Depa tu bercakap bahasa melayu ka, bahasa inggeris pun bunyi cina. Tak percaya tengok dalam dewan parlimen. Nak bercakap pun tak reti , baca teks pun bunyi macam longkang. Yang ditahu ialah middle finger malaysia.