Rabu, 10 Februari 2010

NIK AZIZ- MAHKAMAH AKUI RAMPASAN KUASA- KDN TANGKAP NIK AZIZ SEGERA

Kenyataan Nik Aziz dan Nizar hari ini telah menghina mahkamah.  Bahasa paling mudah ialah Nik Aziz boleh dianggap tua nyanyuk dan Nizar pula boleh dikategorikan sebagai gila meroyan.

Dua kenyataan  yang dibuat oleh mereka ini dalam Harakah hati ini boleh dianggap sebagai menghasut pemikiran rakyat terutamanya penyokong Pas agar terus menentang sistem pentadbiran negara.

Ia boleh menimbulkan ketegangan di dalam negeri atau seluruh negara dan sebagai kenyataan menghina mahkamah atau sistem kehakiman.

Harap ada laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno selepas ini.
Nizar dan Nik Aziz hendaklah melihat sistem pentadbiran negara mempunyai 3 konsep utama yang perlu difahami oleh semua masyarakat. 3 konsep utama ialah konsep  pengasingan kuasa iaitu.
  1. Perundangan (legislatif)
  2. Pemerintahan (kuasa eksekutif)
  3. Kehakiman (judiciary)
Ketiga-tiga komponen ini telah diguna pakai tanpa sebarang masalah dalam negara. Parlimen menggubal undang-undang, Rakyat menentukan pemerintahan dan sistem kehakiman ialah sistem yang memastikan perundangan berjalan seperti mana kehendak parlimen. Mudah saja. Ketua Hakim menjalankan sistem kehakiman dibawah kuasa yang diperuntukan oleh YDP Agong.

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

Di peringkat negeri pula Nizar dan Nik Aziz kena faham bahawa Kerajaan Negeri Perak terdiri daripada beberapa komponen seperti;

  1. Raja  ( terdiri dari Sultan, Permaisuri, Raja Muda dan Raja di Hilir)
  2. Pentadbiran negeri yang dibentuk melalui pilihanraya 5 tahun sekali.
  3. Pentadbiran peringkat Daerah, Mukim dan Kampung.
  4. MMKN atau Exco.
Pas sudah hilang majoriti di dalam dewan dan bermakna Nizar kehilangan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh beliau.

Kuasa pentadbiran diambil alih secara perundangan oleh BN  dan ia dianggap selesai selepas Dr Zamry dan Exco mengangkat sumpah.

Nizar mencabar keputusan Sultan dan perundangan . Tindakan Nizar mencabar sistem pentadbiran negara tidak salah. Tetapi apabila keadaan undang-undang kukuh dan tidak ada cacat celanya maka tuntutan dan cabaran Nizar didapati lemah dan tidak berasas.

Undang-undang yang ada , yang digubalkan oleh Dewan Undangan Negeri atau pun Parlimen gagal dicabar oleh beliau.

Oleh itu Nizar hendaklah menerima keputusan tersebut dengan rela hati. Tidak perlu lagi bercakap di luar mahkamah.

Tindakan Nizar mengeluarkan kenyataan menentang keputusan mahkamah akan mencetuskan satu fenomena baru dalam politik negeri Perak. Ketegangan boleh berlaku dan boleh menimbulkan huru-hara.

Hakim telah memutuskan bahawa  Dr Zamry adalah MB yang sah dengan undian 5-0, Nizar perlu akur dan menghormati keputusan yang dibuat, ia adalah berdasarkan undang-undang.

Mempertikaikan keputusan,  menyebabkan Nizar dan Nik Aziz boleh didakwa kerana menghina keputusan penghakiman.

Nik Aziz gesa lancar protes


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta penyokong pakatan pembangkang di Perak memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, perasaan benci perlu ditanam dalam hati rakyat terhadap keputusan itu kerana kemenangan Barisan nasional (BN) bukan menerusi pilihan raya, sebaliknya rampasan kuasa.

“Keputusan hari ini (semalam) yang memberi peluang kepada Zambry menang, maka rakyat boleh menentang keputusan mahkamah. Walaupun tidak dengan demonstrasi tetapi perasaan benci dalam hati kepada keputusan (mahkamah),” katanya di sini semalam.



KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.