PAS NAMPAKNYA TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH. NIZAR MASIH MENCABAR SUPAYA DIBUBARKAN DUN DAN SERAHKAN KEPADA RAKYAT UNTUK MENENTUKAN KERAJAAN.
KENYATAAN NIZAR JELAS MENUNJUKKAN BELIAU TIDAK FAHAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM KERAJAAN YANG TELAH DIGUNAPAKAI SEKIAN LAMA.
AMAT MEMALUKAN NEGARA DAN AHLI POLITIK, RASANYA NGEH DAN NGA FAHAM AKAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA KECUALI NIZAR.
TINDAKAN NIZAR ADALAH SAMA DENGAN TINDAKAN DAP PADA 1969 YANG MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH.
KDN TUNGGU APA LAGI. TANGKAP NIZAR DAN LETAKKAN DITAHANAN KAMUNTING SUPAYA DIA FAHAM SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.
Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.
Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.
Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.
“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.
Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.
Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.
“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.
Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.