Tak nampak batang hidung pun. Kata adil, kata ingin menjaga kebajikan rakyat. Tak datang semua pun tak apa.
Pergi mampuih lah dengan Dap Selangor, sekurang-kurangnya Pas dan Keadilan Rakyat yang terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam datanglah jengok dan bagilah bantuan apa yang patut. Jangan hanya pandai bercakap dan berceramah sahaja.
"Sekinchan assemblyman Ng Suee Lim refutes allegations that he was drunk-driving. Orang mabuk mana ada ngaku dia mabuk? Kalau ngaku mabuk apa ada kelas? Haiya..."
Ayah tutup kedai
SHAH ALAM 15 Feb. - Sumber utama pendapatannya ialah berniaga kedai kopi berhampiran Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
Walaupun pendapatannya kecil iaitu hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari, tetapi hasil itulah yang membantunya menyara tujuh orang anak yang bersekolah dan masih kecil.
Namun, sejak seminggu lalu, Mohd. Bazli Che Ali, 46, terpaksa menutup kedai kopi yang sudah diusahakan sejak lebih 30 tahun itu untuk menjaga anak sulungnya, Mohd. Bakri, 23, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Februari lalu kerana cedera parah di kepala berikutan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 7 di sini dengan kereta dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Mohd. Bazli berkata, kedai kopi itu tidak dibuka buat masa ini kerana dia dan isteri, Azizah Awang mahu memberi tumpuan kepada Mohd. Bakri yang kini amat memerlukan sokongan moral.
"Inilah usaha saya suami isteri, berdoa selain perubatan moden yang disediakan oleh pihak hospital," luahnya yang turut melahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah sedar dan semakin stabil.
Menurutnya, kemalangan itu adalah dugaan Allah walaupun jauh di sudut hati amat berharap Mohd. Bakri akan pulih sepenuhnya.
Mohd. Bazli berkata, dia masih tidak tahu berapa lama harus berada di HTAR kerana walaupun anaknya sudah sedar tetapi dia masih belum mampu bercakap selain perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di otak.
Lelaki itu berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyediakan tempat tinggal di Rumah Tamu universiti tersebut selain kemudahan makan minum serta pengangkutan berulang alik ke HTAR secara percuma.
"Selain itu, pensyarah dan kawan-kawan anak saya ada juga memberi bantuan kewangan kepada kami," ujarnya.