Semasa memegang jawatan dalam badan disiplin Umno, Anwar gemar memecat ahli-ahli Umno tanpa mendapat pembelaan yang wajar. Contohnya ialah Dato Tajuddin dari Pasir Salak Perak seperti yang diceritakan kelmarin.
2 September 1998 selepas Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, Anwar dipecat setelah menunjukkan sikap melawan dan keras kepala terhadap Tun Mahathir. Krisis salah laku Anwar telah mula dihidu oleh Tun. Bukti-bukti yang jelas semua sudah ada. Beberapa salinan surat Anwar kepada Tun menafikan tuduhan telah mula tersebar beberapa bulan sebelum itu. Anwar tahu dia akan dipecat dan surat-surat yang diedarkan keseluruh negara ialah sebagai satu isyarat untuk meraih simpati daripada orang ramai. Surat difotostat dan diedarkan keseluruh kampung.
Semasa majlis pra kemerdekaan di Pulau Pinang dah nampak ketara sangat dah konflik antara Tun dan Anwar. Satu Malaya dapat tengok melalui siaran langsung di TV.
Bila tiba masa iaitu 2 September 98 Tun mengumumkan pemecatan dan satu mesyuarat tergempar diadakan pada malam tersebut. Anwar juga turut hadir. Walaupun Anwar melepaskan geramnya buat kali terakhir malam tersebut tetapi majoriti MT bersetuju dengan pemecatan. Cuma ada beberapa kerat saja yang nadanya menyokong Anwar seperti Dr Afifuddin, yang lain tak ingat dah.
Hari ini Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan tersebut adalah sah. Cuma Anwar pandai-pandai mengaitkan tentang istana mengenai pemecatan tersebut. Bijak-bijak kepala hotak dia. Pandai nak buat isu baru nak heret istana kepada pemecatannya.
Hari ini kita tunggu pula jika YB Zulkifli membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah. Apa pula komen Anwar .