Pampasan RM37 juta yang diminta oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah keterlaluan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir hari ini.
Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan 20 delegasi dari Kemboja, iaitu Pemimpin Umat Islam Kemboja. Hari ini delegasi itu diraikan dalam satu majlis makan tengah hari oleh Dr Zamry di kediaman rasmi beliau.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kos pindah milik tanah KTMB di Kuala Sepetang, Taiping kepada kerajaan negeri bernilai RM37 juta diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara. Katanya, keputusan tersebut dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan tanah untuk kegunaan kereta api.
Sekiranya kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada KTM sebanyak RM 37 juta ini bermakna penduduk yang sudah meneroka tanah tersebut terpaksa mengeluarkan premium yang tinggi untuk mendapat hak milik.
TM merasakan penduduk cina di Kuala Sepetang tidak menjadi masalah untuk membayar premium yang tinggi tetapi kaum India dan sedikit kaum malayu akan menghadapi masalah jika premium tanah terlalu tinggi.
Dari sudut ekonomi tanah tersebut memang bernilai tinggi tetapi ia mengambil masa yang untuk menjadi kawasan komersial. Ong juga menyebut RM 37 juta adalah berdasarkan nilai pasaran semasa. Jika rundingan gagal , bermakna kerajaan negeri akan berbelanja besar untuk menebus kembali tanah tersebut untuk diberikan kepada penduduk Kuala Sepetang.
Kawasan tersebut bermula daripada Stesen Keretapi Taiping mengunjur ke kawasan Aulong dan Simpang Halt terus ke Matang dan Kuala Sepetang.