Khamis, 8 April 2010

KEMPEN PRU NIZAR DI PASIR PANJANG PERAK

PRU 12 nama Nizar Jamaludin adalah nama biasa yang tidak dikenali oleh sesiapa pun hatta Ngeh dan Nga pun tak kenal macam mana rupa Nizar Jamaluddin.

Nizar merupakan seorang graduan kejuruteraan dari Universiti Aston Birmingham, UK yang pembiayaannya di tanggung oleh kerajaan BN.

Bapanya seorang Melayu yang berkahwin dengan wanita Cina. Oleh sebab itu amat fasih berbahasa Cina dan boleh menyanyi lagu-lagu mandarin dengan baik. menyanyi juga merupakan hobinya selepas kemalangan jalanraya lalu.

Dalam PRU N51 Pasir Panjang. Nizar telah menewaskan Vasan Sinnadurai dari MIC dengan hanya bermodalkan  politik keagamaan.  Adalah haram bagi orang Islam mengundi calon bukan Islam.

N51 Nizar telah memenangi kerusi tersebut dengan undi sebanyak 11 994 undi atau 59% dan Vassan Sinnadurai hanya mendapat 7 520 undi atau 37% undi.  Akan tetapi Nizar telah mengkhianati pengundi N51 kerana dia sendiri telah bersekongkol dengan Dap dalam memenangi PRK P59 Bukit Gantang.

PRK P94 berulang lagi di Hulu Selangor dan BN telah memutuskan akan meletakkan calon Mic dan kaum Hindu. Apakah Nizar sekali lagi akan menggunakan slogan yang sama?  PRK P94 adalah gelanggang yang panas dan amat sengit.

Pengundinya amat bijak dan bersatu. Dalam PRU 12 semua ke tiga-tiga DUN telah dimenangi oleh BN tetapi kalah di peringkat Parlimen. Pengundi menolak calon BN dari MIC yang telah menjadi wakil mereka selama 4 penggal.

Jika nama G.Palanevel sekali lagi disebut sebagai calon bermakna BN boleh angkat bendera putih awal-awal lagi.

Jika calon lain terutama dari golongan muda maka undi akan berpihak kepada BN walaupun Nizar akan menjual minyak yang sama seperti di Pasir Panjang.