Khamis, 8 April 2010

KISAH PRK LALU- KENANGAN TAK MUNGKIN BERULANG DI HULU SELANGOR

Samy: Calon bukan punca BN kalah

Malaysiakini | 8 April 2009
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata kekalahan BN dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau bukan kerana faktor calon.
Sebaliknya, tegas beliau, ia disebabkan banyak faktor lain, antaranya situasi semasa di kawasan berkenaan.
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pagi ini.
Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau semalam dimenangi calon PKR, S Manikumar yang meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.
Manikumar menang dengan majoriti 2,403 undi – lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Manakala kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit – mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.
Bedah siasat keputusan
Bekas menteri kerjaraya itu berkata pada mulanya sokongan kepada calon BN adalah baik.
“Kira-kira 30 peratus sudah memberi sokongan kepada calon BN tetapi saya tak tahu macam mana di saat akhir kita boleh kalah.
“Mereka balik memberi sokongan kepada calon lawan,” tambahnya.
Beliau bagaimana tidak menjawab apabila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan ’situasi semasa di Bukit Selambau’.
Sebaliknya, kata beliau, parti itu akan membuat bedah siasat untuk mengkaji punca kekalahan calonnya itu.- anwaribrahim blogspot



Siapa kata BN kalah pada pilihan raya kecil di dua bukit dan satu batang? BN tidak kalah di mana-mana kawasan pada PRK kali ini cuma BN gagal merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi masih mengekalkan kemenangan di Batang Ai.

Bukit Gantang masih kekal di bawah Pas sepertimana PRU-12 lepas, Bukit Selambau kekal bersama PKR dan Batang Ai juga kekal dengan BN. Jadi semuanya tidak berubah... tiada yang kalah dan tiada yang menang.

Ada yang mengatakan kegagalan BN merampas dua bukit sebagai tamparan kepada Najib tetapi aku tidak melihat ia suatu yang perlu dirisaukan. Perlu diingat Najib baru sahaja mengambil alih negara dari Pak Lah beberapa hari ini. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh Najib untuk menagih undi dari rakyat yang selama lima tahun dikecewakan oleh PM terdahulu? Tidak mungkin kemusnahan yang dibuat selama lima tahun dapat dibina semula dalam tempoh 5 hari. Tidak...

Begitu juga kehadiran semula bekas PM, Tun Dr. Mahathir yang turun berkempen pada hari2 akhir juga tidak boleh diberikan harapan yang menggunung dapat menarik kembali pengundi di kedua-dua bukit itu ke pangkuan BN. Ini kerana Tun juga baru sahaja kembali ke pangkuan UMNO selepas keluar dari parti hampir setahun. Namun, sekurang2nya ramai di kalangan penyokong UMNO yang selama ini berpaling tadah (kerana kecewa dengan Pak Lah) sudah kembali semula.

Melihat trend kemenangan pembangkang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kedua-duanya mempunyai sebab yang berbeza. Kemenangan Nizar di Bukit Gantang banyak dibantu sentimen "simpati" kerana peralihan kuasa yang berlaku di negeri Perak menyebabkan beliau kehilangan kerusi MB.

Pada masa yang sama para pengundi Cina memberi sokongan pada kepada Nizar kerana ketika menjadi MB selama 11 bulan, beliau banyak memberikan momokan kepada kaum tersebut termasuk pajakan tanah selama 999 tahun kepada kampung2 baru. Pada masa sama mereka juga masih belum yakin dengan kepimpinan Najib yang baru kurang 1 minggu menjadi PM.

Sebaliknya di Bukit Selambau, sebahagian besar pengundi Melayu dalam keadaan serba salah kerana terlalu ramai calon bebas yang mengganggu fikiran mereka dalam membuat keputusan. Tidak salah dikatakan ramai pengundi Melayu memilih calon bebas (Melayu) memandangkan calon BN & PKR masing2 dari kaum India.

Aku berpendapat kedudukan Samy Vellu yang masih lagi kekal sebagai Presiden MIC turut memberi kesan kepada keputusan di Bukit Selambau. Aku percaya pengundi India masih marah dengan Samy yang ingin berkuasa sehingga akhir hayat dan tiada usaha membuat pembaharuan dalam MIC sedangkan parti2 komponen lain dalam BN termasuk UMNO sudah berubah kepimpinan mereka. Sebab itulah pengundi India memberi sokongan kepada Manikumar berbanding Ganeson.

Namun aku percaya andai peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib dilakukan lebih awal, misalnya sejurus selepas PRU-12 atau Disember lalu nescaya keputusan PRK di dua bukit akan berbeza berbanding semalam. Ini kerana dalam tempoh tersebut rakyat mempunyai lebih banyak masa untuk menilai kepimpinan Najib.

Jadi, bolehkah kegagalan BN merampas dua bukit diletakkan di bahu Pak Lah yang enggan melepaskan jawatannya lebih awal? Mungkin....mesin taip buruk