Rabu, 7 April 2010

PAMERAN 'IPOH LOST HERITAGE'

Semalam 6 April TM telah dijemput  oleh pihak Muzium Darul Ridzuan untuk membincangkan satu program atau pameran 'MENJEJAK WARISAN YANG HILANG' .

Mesyuarat tertebut telah di pengerusi kan oleh  Kuratornya  Puan Nurul Naim Jamry dan dihadiri oleh beberapa orang Penghulu mukim dalam Daerah Kinta seperti Mukim Ulu Kinta, Mukim Chemor, Mukim Lahat, Mukim Sungai Trap, Mukim Kampar serta Kelab Volkswagen Beetle Malaysia dan TM sendiri.

Satu Pameran telah dicadangkan untuk dibuat pada bulan Jun 2010 bertempat di Muzium Darul Ridzuan,  Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Pameran ini adalah untuk ;
  1. memberi kesedaran tentang nilai sejarah dan budaya yang terdapat dalam barang warisan.
  2. memberi kesedaran tentang warisan yang semakin hilang sekiranya langkah tidak diambil untuk menyimpannya dengan sempurna.
  3. berkongsi dan menghayati bersama barangan simpanan peribadi atau pusaka yang mungkin tidak pernah dilihat oleh generasi muda.
  4. menilai keindahan seni dan warisan dalam pelbagai bentuk yang masih terdapat disimpan oleh masyarakat negeri Perak.
Mengikut sejarah negeri Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan sejak diasaskan penubuhannya pada 1528. Bagaimanapun banyak bahan dan bukti sejarah telah, samada hilang, masih terdapat dalam simpanan ahli keluarga yang menyimpan sebagai pusaka dan ada juga mungkin telah dibawa dan dijual ke luar negara. Rekod membuktikan banyak artifak sejarah kini berada di Britain

Oleh yang didemikian orang ramai perlu diberi kesedaran betapa pentingnya rekod dan bahan-bahan yang bernilai ini dijaga dan disimpan dengan sempurna.

Segala bahan warisan yang sangat menarik ini akan terus hilang sekiranya sesuatu tindakan tidak dibuat mempastikan ia direkodkan dan disimpan.

Bagi menjayakan pameran ini, bantuan dan kerjasama adalah diperlukan dari berbagai pihak untuk memastikan segala barang warisan ini dapat dikesan dan diperolehi untuk dipinjamkan sementara untuk pameran ini.

Barang-barang yang boleh dipinjamkan untuk pameran tersebut adalah barang-barang lama seperti;
  1. Bahan-bahan bertulis sebarang bentuk dokumen yang lama 
  2. Pinggan mangkuk dan keperluan dapur seperti tempayan, dapur, periuk kuali, sudu, pisau dll
  3. Kerusi meja, almari, katil dan perabut-perabut rumah.
  4. Pakaian lama, kain-kain songket , kain tekat dll
  5. Barang-barang perhiasan seperti barangan Perak, Tembaga dan juga emas. (Keselamatan barangan dijamin dan boleh diinsurankan)
  6. Kenderaan lama seperti basikal, beca, perahu , enjin bot lama, kereta dan motosikal lama
  7. Barangan elektrik lama seperti kipas angin, oven, radio, televisyen dan lain-lain barangan.
Pameran ini diharapkan akan dapat menarik ramai pengunjung untuk melihat keunikan dan keindahan yang terdapat dalam warisan kita.

Taipingmali (TM) menyeru kepada pembaca blog ini khususnya anak-anak Perak yang masih menyimpan barang-barang lama yang boleh dikategorikan sebagai bahan sejarah agar dapat sama-sama mempamerkan barangan milik atau pusaka kita kepada Muzium Perak.  Untuk maklumat seterusnya boleh hubungi pihak Muzium Darul Ridzuan dengan 05-2410048/ 05-2426906 atau lawati laman web berikut Muzium Darul Ridzuan.