Pak Mat (bukan nama sebenar) yang TM kenal sudah hampir 20 tahun mengusahakan pengangkutan kanak-kanak sekolah dengan dua buah vannya.
Seorang lagi kenalan juga mengusahakan perniagaan yang sama, namanya Ah Chong(bukan nama sebenar). Cuma Ah Chong lebih lama dahulu menceburi bidang kerjaya yang sama.
Bezanya mereka berdua ini ialah Ah Chong telah mendaftarkan perniagaannya secara sah dan van sekolahnya diwarnakan dengan warna kuning seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Pak Mat pula van nya masih berwarna warni kerana van nya tidak pernah dilesenkan atau dipermitkan.
Peniagaan Pak Mat sehingga kini saperti biasa dan tiada perubahan, peningkatan atau kemajuan. cuma rumah mereka semakin besar dan cantik. Setiap pagi Pak Mat dan isteri akan mengangkut budak-budak sekolah .
Dalam van juga seperti mini market bergerak kerana mereka menjual makanan ringan dan minuman kotak yang tidak berzat kepada pelajar sekolah, Setiap hari tukang sapu merungut kerana sampah sarap bekas-bekas pembungkus makanan bersepah di bahu jalan.
Ah Chong , isteri dan beberapa orang anak juga terlibat dengan perniagaan ini. tetapi hari ini mereka sudah mempunyai sebuah bas sekolah yang besar dan canggih. tetapi bas itu bukan untuk membawa kanak-kanak sekolah tetapi digunakan sebagai bas pelancongan dihujung minggu.
Setiap minggu bas nya akan ke Wang Klian, Padang Besar, Bukit Bunga atau Rantau Panjang Kelantan membawa rombongan Cik Kiah.
Rumah Ah Chong juga kini sudah bertambah besar, bumbung rumah pun dah bertukar ke ceramic tile yang mahal. Malam-malam setiap penjuru pagar dihiasi dengan lampu jimat tenaga . Bukan main bergaya kehidupan Ah Chong.
Petang-petang Ah Chong akan memandu mercedes antiknya model tahun 80an. Selain itu Ah Chong juga telah membeli sebuah kedai dua tingkat dan bahagian atas disewakan kepada sebagai asrama pekerja asing dan dibawah dijadikan pejabat jualan travel and tour yang digerakkan oleh anak perempuan nya..
Pak Mat? Pak Mat seperti biasa hanya menukar cat van sesekali bila cat asal sudah pudar. Agaknya jika Pak Mat menjalankan perniagaan dengan betul, mempunyai lesen, permit, ada fail dengan Hasil Dalam Negeri dan mempunya Borang cukai tiap-tiap tahun, agaknya Pak Mat pun boleh berjaya sepertimana Ah Chong.
Kalau Pak Mat nak meminjam duit dari bank untuk membeli bas baru atau bangunan kedai pun tidak menjadi masalah . Pak Mat juga difahamkan pernah meminjam wang dari TEKUN. tapi apa tujuaan tak tahu sebab tak nampak ke mana wang tersebut dilabur atau dicairkan.