Selasa, 6 April 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN PAS-BALA WANITA CANTIK


Siri bercakap pasal PAS :

Bala Wanita Cantik

Kenyataan Nik Aziz adalah bala kepada wanita cantik. Istilah cantik atau molek sekadar merupakan pandangan yang subjektif. Sukar bagi seseorang mentafsirkan bagaimana kecantikan sebenarnya. Kalau seorang teruna atau lelaki sudah berkenan dengan seorang gadis atau wanita, mereka tetap memilihnya sekalipun pada pandangan orang lain gadis pilihannya tidaklah secantik mana.

Inilah isu yang telah digemparkan oleh Nik Aziz apabila mengeluarkan kenyataan bahawa wanita yang mahu bekerja dengan kerajaan jang cari yang cantik dan rupawan. Manakala yang molek-molek tidak perlu bekerja kerana mereka boleh berkahwin dengan orang kaya-kaya. Justeru kecantikan adalah mengikut cita rasa seseorang bukan mengikut penilaian khusus secara objektif. Begitulah juga dengan seseorang wanita yang dianggap tidak cantik pada pandangan umum tetapi bagi seseorang teruna atau lelaki yang terpikat kepadanya sudah tentu segalanya indah belaka.

Bagaimanakh kategori kecantikan wanita yang dimaksudkan oleh Nik Aziz? Bagaimana seseorang wanita yang cantik pada pandangan Nik Aziz tetapi tidak cantik pada pandangan pegawai-pegawai yang menemu duga gadis-gadis yang memohon jawatan dalam kerajaan negeri itu?Tidak hairanlah terdapat rungutan daripada sesetengah wanita yang merasakan tidak sepatutnya seorang ketua kerajaan negeri, seorang ulama seperti Nik Aziz membuat kenyataan demikian.

Malah mereka berpendapat cantik atau hodohnya seseorang adalah ciptaan Tuhan. Jelas, Nik Aziz sudah ketandusan modal politik seperti mana yang dinyatakan dahulu seperti pengasingan bagi kaunter lelaki dan wanita di Supermarket, pengasingan tempat duduk panggung wayang dan sebagainya.
Fikir-fikirkan lah!!!