Selasa, 6 April 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN PAS- PAS PERSENDA ISALAM


Siri bercakap dengan PAS :

PAS PERSENDA ISLAM

Walaubagaimana baik sekalipun projek projek pembangunan agama yang diusahakan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO, kita belum pernah mendengar sokongan secara terbuka yang diberikan oleh pemimpn pemimpin PAS, malah kerajaan pula mendapat cacian diatas pembangunan itu. Umpamanya penubuhan Bank Islam, pemimpin pemimpin PAS awal awal lagi telah mencaci penubuhan bank itu dengan mensifatkannya sebagai kulit yang berlambangkan Islam. Dan bermacam macam lagi cacian dibuat.

( Sbg Contoh :- Kata Hj Abdul Hadi Pesuruhjaya PAS Trengganu semasa berucap merasmikan Kelab PAS Kampung Baharu Trengganu pada 26hb Januari 1983 menurutnya " Penubuhan Bank Islam dan Pajak Gadai Islam yang sedang diusahakan oleh Kerajaan tidak memberi apa apa erti kepada umat Islam").

Sikap yang ditunjukkan oleh PAS itu jelas mencerminkan mereka tidak senang hati dan beranggapan sekiranya pembangunan itu dijalankan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO maka dimanakah perlunya perjuangan PAS, justeru itu mereka harus menentang dan mencacinya, walaupun cacian itu boleh merugikan umat Islam itu sendiri. Selain daripada itu wujudnya sifat sifat riak dikalangan mereka yang merasakan dirinya lebih bersih dan lebih Islam daripada orang lain, sementara perjuangan orang lain dianggapnya sekular dan palsu belaka.

Berpunca daripada sikap dan sifat inilah maka segala usaha pembangunan agama yang dijalankan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO itu dikatakan tidak Islam dan yang lebih mendukacitakan lagi tokoh tokoh yang terlibat dengan pembangunan itu juga dituduh dengan bermacam macam tuduhan, seperti "orang suruhan", "ulamak upahan" ,"paderi" dan sebagainya. ( Rujuk Ucapan Arwah Hj Fadzil Noor di Markas PAS Kelang Selangor pada 27hb Februari 1986 ) bunyinya " Fadzil Sifatkan ulama kerajaan macam paderi" sumber harakah.