Jumaat, 21 Mei 2010

BOLA SEPAK, ARAK DAN JUDI ADALAH AGENDA FREEMASON

Semasa kecil atok TM pernah menceritakan bahawa permainan bola sepak  adalah berasal dari peristiwa pembunuhan Saidina Husin cucu Nabi Muhammad SAW oleh tentera Yazid bin Muawiyah. Setelah kepala Hussin dipancung dan dikorek matanya, kepala Hussin di tendang dan disepak terajang seperti bola sebelum dipersembahkan kepada Ubaidullah bin Yazid. Peristiwa berdarah di Karbala ini berlaku setelah 45 tahun wafatnya banginda nabi. Kata arwah atok " bermula dari peristiwa tersebut manusia mula bermain bola sepak."

Arak juga telah diharamkan oleh pada zaman Nabi Muhammad.

“Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata perawi hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan di Madinah”.

Judi juga telah diharamkan oleh Islam dan juga agama-agama lain

Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi dan kompang dan setiap yang memabukkan adalah haram.
 Hari ini bolasepak, arak dan judi merupakan satu komponen yang tidak dapat dipisahkan. Ada bola maka ada arak dan ada juga judi. Ia merupakan satu gabungan mantap yang begitu cantik hasil perencanaan oleh golongan 666 yang sudah lama menguasai dunia ini.  

Golongan 666 ini berjaya melalaikan umat manusia di muka bumi supaya menjadi hamba mereka. Hasil gabungan mantap 3 elemen ini 666 berjaya memperolehi sumber kewangan yang cukup besar untuk menguatkan pengaruh dan penguasaan mereka terhadap seluruh penduduk dunia. Sebahagian besar dana akan digunakan untuk membangunkan kuasa 666 di bumi zionis.

Bola sepak piala dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan sudah dinantikan oleh penduduk muka bumi yang bernama manusia. Manusia akan dilabelkan kolot jika ketinggalan daripada mengikuti perkembangan perlawanan tersebut.  64 perlawanan bakal disajikan kepada penduduk dunia melalui siaran langsung berbayar.

Manusia akan lupa segala-galanya dan akan menumpukan sepenuhnya terhadap fiesta yang bakal menjelma. Piala Dunia Fifa adalah puncak segala pertandingan bola sepak dunia selain daripada EPL, UEFA, dlll bermacam-macam lagi piala.  666 tersenyum senang melihat pengikut bergendang dan bersuka ria sambil mabuk dan berjudi.

Jika dahulu di zaman Rom manusia dilagakan dan berdepan dengan binatang buas seperti Singa Jantan atau harimau dan penonton akan berjudi sambil meneguk arak. Hari ini mereka melagakan manusia dengan sebiji bola yang diilhamkan dari sepak terajang kepala Saidina Hussin.

Judi dan arak memang diharamkan oleh pelbagai agama di dunia ini, tetapi dengan agenda 666 menggunakan istilah hak asasi manusia maka arak dan judi menjadi subjek utama dalam usaha mereka menguasai dunia, judi dan arak sukar disekat dan sukar dihapuskan.

Dalam masyarakat Melayu kuno pun judi dan arak tidak dapat dipisahkan. Mereka bersabung ayam dan mabuk dengan air tapai atau tuak yang dibuat dari beras dan juga ubi.

Di Malaysia judi, arak dan bola sudah lama bertapak dan menjadi agenda utama masyarakat kita. Cumanya cara saja berbeza. Jika dahulu mereka bermegah dengan air nira , tapai dan tuak hari ini bermegah dengan wain dan bir yang diproses di kilang.  Jika dahulu terkenal dengan judi laga ayam kini judi beralih kepada judi bola, casino , lumba kuda, toto, 4D , judi golf, snooker, judi tikam-tikam di funfair dan sebagainya.

Judi mungkin bermula sebelum penjajahan Portugis lagi dan kini judi semakin canggih dan sukar dikawal. Kanak-kanak seawal  usia 5 tahun juga ibubapa telah mendedahkan mereka dengan permainan-permainan dalaman yang menggunakan dadu sebagai penentu nasib. Hadis Nabi telah melarang menggunakan dadu seperti hadith berikut;
Sesiapa yang bermain dadu, maka ia bagaikan mencelup tangannya ke dalam daging babi.
Ulama sepakat sekiranya permainan dadu diiringi dengan pertaruhan, hukumnya adalah haram. Namun, para ulama berbeza pendapat tentang hukum bermain dengan buah dadu yang tidak diirngi dengan pertaruhan. Majoriti ulama daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat ianya haram samada diiringi dengan pertaruhan harta atau tidak.

Hari ini isu Judi Bola Sepak telah menjadi agenda politik dan bukan lagi agenda agama. Awang Adek telah mengesyorkan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi bola sempena pertandingan bola sepak piala dunia Fifa untuk tahun ini.

Ini kerana kes-kes judi yang dibuat oleh sindiket judi telah mengaut  untung yang cukup lumayan dan dianggarkan 8 billion ringgit. Jika kerajaan lepas tangan makan kerajaan rugi dari segi hasil. Jika dilesenkan bermakna kerajaan akan memperoleh sedikit cukai dan boleh digunakan untuk benda-benda yang releven dengan nya.

Pas juga telah mengutip hasil dari lesen arak, lesen anjing dan lesen premis-premis yang disangsi hasilnya di Kelantan. Pas menyatakan hasil cukai boleh digunakan dalam membuat jalan, kerana ia adalah benda yang hina dan dipijak-pijak.

Apa yang dicadangkan oleh Awang Adek ialah mengeluarkan LESEN dan bukan MENGHALALKAN judi. Judi tetap haram bukan saja dalam Islam tetapi agama lain juga (ulangan).

Isu lesen judi telah menjadi agenda utama Pas untuk mengkritik pentadbiran Najib. Pas lupa yang mereka juga telah melesenkan banyak benda-benda yang haram dalam pentadbiran mereka. cuma tak bising dan tidak dihebohkan.

Contoh paling ketara ialah kes Arak dan projek ternakan babi di Selangor. Pas yang berkuasa di Selangor gagal menutup kilang arak dan gagal menghapuskan penjualan arak sebaliknya berkata mereka akan mengawal penjualan arak. tambah mereka lagi "Kita tidak boleh halang bukan Islam daripada membeli dan meminum arak". Sudah lupakan Pas bahawa arak juga dilarang oleh agama-agama lain?

Babi tetap haram dimakan oleh Islam tetapi tidak haram bagi Pas untuk membela nasib penternak babi di Melaka sewaktu kerajaan negeri Melaka berhasrat untuk menutup ladang ternakan babi di negeri bersejarah itu. Pemimpin Pas turun padang dan menganjurkan ceramah yang memihak dan menyokong penternak babi serta membantah usaha kerajaan Melaka. Ini lah sikap talam dua muka Pas terhadap hukum Allah.

Seterusnya bab bola. Manchester United terang-terang menggunakan lambang setan dalam logo kelab mereka. akan tetapi logo itu lah yang menjadi idola sesetengan orang Pas. Ini terbukti apabila logo Man-U dilekatkan di cermin kereta mereka bersama logo kepala Nik Aziz dan juga slogan Pas "SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT"

Dengan demikian Pas hanya beretorik sahaja dalam isu lesen judi bola ini. Kesan dari retorik mereka BN kalah di Sibu.  Jika dahulu Pas sahaja yang menentang isu lesen ini. hari ini PERKASA juga telah menyuarakan bantahan mereka. Begitu juga dengan sebahagian orang Umno telah membantah cadangan Awang Adek ini.

Bagi TM isu lesen tidak penting, isu bola sepak tidak penting dan isu arak tidak penting. kerana tidak berminat atau fanatik  dengan bola sepak dan golongan pengamal judi dan arak,  yang lebih penting ialah agenda siapa 666 di Malaysia. Mampukah kita menolak jauh-jauh pengaruh dan kuasa 666 di negara kita?