Oleh Cybertrooper, AIDCclub
Sepatutnya 'Cross-Examination' (soal balas) saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah masa terbaik Karpal Singh untuk membuktikan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pekerjanya, tetapi semakin ditanya, semakin terbongkar fakta-fakta yang menjurus Anwar melakukan perbuatan itu.
Karpal: Kamu orang Islam yang baik?
Saiful: Try my best to be
Karpal: Ada sembahyang 5 kali sekali?
Saiful: Ada, dulu ada tertinggal
Karpal: Dalam bulan Jun 2008?
Saiful: Semasa kerja dengan Anwar Ibrahim kurang sikit sembahyang
Karpal: Selepas itu?
Saiful: Lepas buat laporan telah insaf dan sembahyang 5 waktu
Karpal: 26-28 ada sembahyang? Kewajipan orang Islam
Saiful: Saya ada pergi sembahyang Jumaat
Karpal: 27 ada? 26?
Saiful: 26 tidak sembahyang
Karpal: Kenapa? Ini kewajipan?
Saiful: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat
Karpal: 26?
Saiful: Tidak solat
Karpal: 27?
Saiful: Ada sembahyang Jumaat
Karpal: Ada cuci badan sebelum sembahyang, 27?
Saiful: Ada, mandi sedikit sahaja, tetapi tidak saya tidak cuci di bahagian dubur
Karpal: Cuci badan sepenuhnya, bukan sebahagian, kalau nak sembahyang?
Saiful: Ya
Karpal: Mandi junub, diwajibkan?
Saiful: Ya
Karpal: 26 tak solat?
Saiful: Tidak
Karpal: Tidak mandi?
Saiful: Tidak
Karpal: Solat 27 adalah tidak sah?
Saiful: Ya
Karpal: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
[Saksi x sempat jawab]
Mohd Yusof : Ini opinion
Karpal: I have the right
Hakim : Nanti they can attack Anwar Ibrahim characters.
Karpal: It's ok, they can do so.
Karpal: Kamu tak ikut cara dalam Islam?
Saiful: Pada tempoh tersebut saya tidak
Karpal: Kamu bukan Islam yang baik?
Saiful: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi [saksi dihalang dari meneruskan]
Karpal: 28 ada mandi wajib?
Saiful: Tidak
Karpal: Kamu tak ikut cara Islam?
Saiful: Saya terpaksa
Karpal: Dalam darurat?
Saiful: Ya
Kenapa Karpal bertanyakan tentang solat dan mandi junub pada 26-28 Jun 2008 dan kenapa Saiful menjawab 'dalam keadaan darurat', terbongkar dalam soal balas 13 Mei 2010
Karpal: Kejadian 26 Jun 2008?
Saiful: Ya
Karpal: 26 Jun tak mandi? Langsung tidak?
Saiful: Saya ada bilas badan
Karpal: Bukan mandi?
Saiful: Of course morning 26hb I took a bath
Karpal: Lepas pagi?
Saiful: Lepas kejadian saya tak mandi dan hanya bilas, saya nak simpan bukti
Karpal: Buat laporan polis 28hb? Apa ini? Simpan bukti 26hb? Kenapa tak pergi balai polis terus? Bukti ada di sana?
Hakim : Apa soalannya?
Karpal: 26hb ada peluang buat laporan polis selepas kejadian?
Saiful: Ada peluang
Karpal: Tidak menggunakan peluang itu walaupun ada?
Saiful: Tidak
Karpal: 27hb pun ada peluang?
Saiful: Ada
Karpal: Tetapi tak guna peluang itu?
Saiful: Tidak
Karpal: Kenapa?
Saiful: Saya ingin dapatkan nasihat kerana ini melibatkan maruah dan masa depan saya
Karpal: Buat laporan pada 28hb? Rujuk P3, pada 5.55 ptg pada 28 Jun? Kenapa buat laporan polis pada hari itu dan bukan sebelumnya?
Saiful: Saya nak dapatkan nasihat dan pandangan seperti pakcik saya, Tuah, Dato' Mumtaz, rakan saya Rahimi dan saudara Ezam dan seorang guru agama pada 28hb pagi.
Ezam Mohd Nor selepas proses pengecaman di Mahkamah Tinggi memberitahu media mengenai pertemuannya dengan Saiful pada 27 Jun 2008.
Pertemuan selama dua jam itu berlangsung di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan setelah beliau mendapat panggilan ' urgent ' untuk bertemu juga dengannya malam itu.
Katanya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang dari Larut,Perak selepas memberi satu ceramah politik.
"Pertemuan itu berlaku secara spontan...malah di tempat letak kereta saja...dalam dua jam begitu...antara jam 1 hingga 2 pagi.
"Saya juga tanya kenapa nak jumpa saya...kenapa tidak orang lain...jawapan beliau sudah memastikan tiada konspirasi...sebabnya beliau sudah kecewa...sebab beliau jumpa pemimpin negara, tak layan dia...jumpa polis, tak layan dia.
"Dia jumpa saya sebab merasakan saya seorang yang bertegas secara terbuka berani melawan Anwar Ibrahim..."katanya.
Ezam menceritakan bahawa pada malam pertemuan itu beliau menasihatkan Saiful supaya berjumpa ulamak untuk dapatkan nasihat dari sudut Islam.
" Saya kata ini aib bagi dirinya dan keluarga Anwar Ibrahim...kata Saiful boleh bang jumpa ulamak...tapi bang saya kena jumpa doktor dulu sebab ada barang dalam badan saya yang kena buat medical checkup ."
Menurut Ezam, Saiful memberitahunya dia nak pergi buat pemeriksaan doktor itu esoknya.
Namun katanya seperti sedia maklum selepas membuat pemeriksaan itu polis ambil keterangan dan selepas itu ia menjadi kes polis.
Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi." Itu saja episod saya dengan saudara Saiful," ujarnya.
Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku,Ezam berkata,"saya yakin Saiful seorang innocent victim ...dia seorang jujur...bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam...beliau setuju..tak nampak takut...biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.
"Saya yakin beliau berkata jujur...dan tidak ada sebab pun beliau nak bohong pada saya...apa sebab nak bohong pada saya...saya waktu itu orang biasa saja...saya bukan ada pegang jawatan apa...saya baru masuk UMNO sebulan masa tu."
Menurut Ezam semasa bertemu, Saiful ada menjelaskan salah satu sebab mengapa dia ingin berjumpa dengannya ialah kerana sumpahnya meninggalkan Anwar kerana prinsipnya sebagai orang Islam.
"Saiful tanya pada saya apakah prinsip sebagai seorang Islam itu libatkan soal liwat...saya kata ya.
"Dia tanya saya dengan siapa bang...saya kata itu aibkan Anwar dan keluarganya...saya bukan mangsa...saya kata saya simpan untuk saya...tapi saya menjawab soalan beliau...ia berhubung kait dengan perangai jijik Anwar Ibrahim...saya rasa saya tidak boleh kompromi."
Ditanya samaada beliau sendiri ada bukti Anwar terlibat liwat,Ezam menjelaskan beliau bukan mangsa dan tidak mahu aibkan orang.
"Untuk saya memang saya yakin ( Anwar terlibat liwat) kalau tidak tak akan saya keluar (dari PKR)...saya masuk dua jail untuk bebaskan dia (Anwar)...mesti ada satu sebab besar mengapa saya tinggalkan dia...kalau tanya saya sebab apa...sebab itulah...sebab lain mungkin saya boleh tolerate tapi sebab ini kita tak boleh sebagai seorang Islam.Klik di sini
Soal balas Karpal ini tidak membantu Anwar untuk membuktikan beliau tidak meliwat Saiful pada 26 Jun 2008. Bahkan semakin mendedahkan bukti berlakunya kejadian tersebut. Sudah tentu soal jawab ini tidak mengembirakan Wan Azizah.
Semasa sesi rehat, Anwar bersungguh-sungguh 'menerangkan kejadian sebenar' kepada Karpal. Sebelum ini Anwar banyak menyembunyikan, menyebabkan kesukaran Karpal untuk menyoalbalas Saiful.
Tetapi kali ini, Anwar tidak boleh berselindung lagi, semua rahsia mula terdedah satu persatu di mahkamah, Anwar tiada pilihan lain kecuali 'bersungguh-sungguh menerangkan' kepada Karpal.
Tetapi Karpal tahu, Anwar masih banyak menyimpan rahsia..beliau tidak menceritakan perkara sebenar...