Dimanakah kuasa pemerintahan dan pentadbiran orang Melayu Islam dalam pakatan PAS-PKR-DAP ?
Setelah selesai PRK P212 Sibu, agenda DAP menjadikan Anwar-PKR perkakas dan barua murahan bersama PAS semakin hampir untuk dicapai. Lihatlah statistik bilangan Ahli-Ahli Parlimen DAP sudah semakin bertambah, PKR dan PAS semakin berkurangan.
Cuba kita perhalusi kedudukan terkini bilangan Ahli Parlimen Pembangkang yang sebenarnya tidak akan menguntungkan Melayu Islam :
Dari 26 orang Ahli Parlimen PKR, hanya 15 orang sahaja terdiri dari wakil-wakil rakyat Melayu Islam dan 11 orang dari bukan Melayu. Kalau dicampur dengan 23 orang dari Ahli Parlimen PAS jumlah wakil rakyat Melayu hanya 38 orang sahaja. Sementara itu 11 orang AP bukan Melayu jika bercampur dengan 29 orang AP DAP menjadikan jumlah kerusi bukan Melayu menjadi 40 orang.
Amat jelas perkiraan Lim Kit Siang menjadikan Anwar-PKR kaldai tunggangan untuk mencapai agenda DAP dan PAS juga sanggup membiarkan diri mereka menjadi boneka untuk menghancurkan kuasa Melayu UMNO oleh DAP-PKR dan rela menjulang DAP menguasai kerajaan daripada bekerjasama dengan UMNO yang berbangsa melayu dan beragama islam.
Si Anwar-PKR hanya mahu jadi PM, Nik Aziz-PAS hanya mahu mengekalkan kuasa di Kelantan, itu sahaja impian mereka sehingga sanggup menjual bangsa, menjual agama….