Selasa, 18 Mei 2010

HALAL JADI HARAM? HARAM JADI HALAL? !!! ENTAH LAH!!!


Perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang akan menjadi sayap parti itu tidak lama lagi akan diteliti terlebih dahulu sebelum ahli-ahlinya diberikan keanggotaan penuh.

"Kita baru bermula dengan apa yang ada pada hari ini. Kita akan tengok keperluan kita pada masa akan depan dan pa...rti akan memikirkan tentang apa yang berlaku pada masa depan .

.....Dulu haram sekarang halal...

2. Dulunya jangankan orang bukan islam nak bertanding sebagai calon PAS yang di haramkan tetapi calun wanita islam pun diharamkan bertanding dalam PAS. Selepas melihat PAS berpeluang cerah memerintah Kelantan pada tahun 1990, maka dibenarkan seorang calon wanitanya bertanding di Parlimen Kota Bharu melawan YB Tengku Ahmad Rithaudeen. Ia ekoran dari fatwa TGNA yang mengatakan walaupun suara wanita aurat ( sebab yang sama diharamkan wanita bertanding ) tetapi disebabkan darurat maka halal untuk wanita bertanding. Senangnya fatwa TGNA dan PAS.

3. Kini calun bukan islam pun boleh bertanding sebagai calun PAS . Dulu kerana BN bersekuta dengan MCA dan MIC maka dikafirkannya UMNO ( salah satu sebab dikafirkan ). Sekarang PAS menjilat ludah mereka semula dengan membenarkan calun bukan islam bertanding sebagai calun PAS walaupun bukan ahli ( macam-macam nama di beri, seperti ahli bersekutu lah dan sebagainya bagi menghalalkan perbuatan mereka ).

4. Semuanya kerana kepentingan politik maka agama pun dilacurkan oleh PAS. Dulu atas nama islam juga perkara ini haram. Dan sekarang pun , atas nama islam juga perkara itu juga halal.

5. Inikah Parti yang boleh diharap untuk menjaga islam? Maaflah!!!!!!!!!!!!!!!

Nota : Oghe Kelate oyak, " 4 kali sebentor berubah. kluk klek ".See More