Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan Julai depan bagi sambungan perbicaraan lima pelajar Universiti Malaya (UM) berhubung kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim Rozana Ali Yusof membuat keputusan tersebut setelah selesai mendengar keterangan saksi oleh pihak pendakwaan.
Beliau menetapkan tarikh berasingan bermula 1,2,9 dan 28 hingga 30 Julai ini.
Perbicaraan yang masuk hari kedua ini bagi mendengar keterangan saksi kelapan dan kesembilan iaitu DSP Shaikh Zainal Abidin Omar dan Detektif L Thuraisingam.
Pihak pendakwaan sebelum ini telah mengemukakan 17 orang saksi kepada mahkamah berhubung kes tersebut.
Tertuduh terdiri daripada Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahruldeen Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle dan Mohammad Saufi Jelani, masing-masing berusia 22 tahun serta Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23.
Malah kelima-lima tertuduh turut hadir sambil ditemani ahli keluarga dan rakan masing-masing.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada jam 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.
Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Kelima-lima tertuduh diwakili oleh empat orang peguam yang diketuai oleh Mohamad Arfizi Mohd Ramli, manakala timbalan pendakwa rayanya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.
Mereka juga menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan pencerobohan jenayah di dewan tersebut pada waktu dan tarikh yang sama.
KOMEN TM.
Universiti Malaya memang banyak kontroversi, terutama kepada anak-anak melayu kampung yang terkejut beruk dapat belajar dalam bandar besar.
Mereka merasakan mereka lah paling cerdik, paling hebat, paling patriotik, pada otak baru digunakan 10 peratus.
Sebahagian mereka terkenal dengan sikap radikalnya, bersikap anti kerajaan kerana mereka diasuh oleh pemimpin pelajar yang mendapat bantuan luar. Mereka juga ingin menjadikan UM sebagai UPAS atau UPKR.
Sejak dahulu pelajar diganggu oleh Anwar melalui Abim, PKPM, PBMUM dan Kelab Sosialis, Pas melalui PKPIM, PMIUM , PMUM dan tak kurang juga ganguan Al-Arqam. Selain itu persatuan anak negeri juga memainkan peranan penting. Persatuan Bahasanya juga dilihat lebih rasis mengikut etnik masing-masing.
Persatuan-persatuan ini cukup aggresif dalam aktiviti mereka, seperti terlibat dalam kes Baling, Bantahan di kawasan setinggan di sekitar Kuala Lumpur, tahun 70an melihatkan demonstrasi pelajar secara besar-besar , mereka main ikut saja tanpa mengetahu hala tuju, ramai pelajar yang dipecat dari UM, UKM dan juga ITM. Manakala beberapa pemimpin pelajar ditangkap dan ditahan di Kem Kamunting. Hishamudin Rais blogger Tukar Tiub melarikan diri ke London.
Bantahan konsert Sudirman tahun 85 paling hebat di UKM dan UM sehingga melibatkan campur tangan pihak pengurusan dan juga Perdana Menteri ketika itu.
Pada awal 70an juga kempen tudung dakwah dan jubah menjadi agenda mereka dalam menerapkan nilai Islam di kalangan pelajar universiti dan sekolah-sekolah.
Hari ini pelajar-pelajar universiti lebih berminat ke arah politik Pro pembangkang, mereka juga turun berkempen bagi pihak Anwar di Permatang Pasir, Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang, malah ramai juga yang sembunyi-sembunyi turun ke Hulu Selangor dan 4 pelajar UKM telah pun ditangkap dan dibicarakan kerana melanggar akta Auku seksyen 15(5) (A).
Ini lah yang dikesalkan, mereka kebanyakkannya anak-anak kampung dari keluarga susah dan harapan ibubapa agar dapat melihat kejayaan mereka di masa depan hancur musnah apabila anak mereka dibuang dari IPTA. Nak sambung ke universiti luar atau swasta memang tak mampu. akhirnya menjadi pecacai Pkr, Pas dan Dap, mereka ini lah yang ramai melalak dalam internet melalui blog, facebook dan lain-lain.