Saham ditutup tinggi menyeluruh
KUALA LUMPUR 18 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi secara menyeluruh hari ini susulan keuntungan yang dicatatkan oleh saham berwajaran tinggi dan saham berharga rendah terpilih, kata peniaga.Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia FBM KLCI) meningkat 13.22 mata atau 1.01 peratus untuk ditutup pada 1,317.69.Ia dibuka 1.7 mata lebih tinggi pada 1,306.17 berbanding 1,304.47 pada penutup Khamis lepas.
Indeks Komposit Nasdaq ditutup 1.23 mata lebih tinggi pada 2,307.16 meskipun data pekerjaan dan pembuatan yang tidak menggalakkan. Indeks Kewangan meningkat 62.28 mata kepada 11,795.61, Indeks Perusahaan menambah 16.81 mata kepada 2,633.07 dan Indeks Perladangan menokok 33.17 mata kepada 6,217.26.
Indeks FBM Emas melonjak 83.051 mata kepada 8,881.98, Indeks FBM70 menambah 62.32 mata kepada 8,810.2 manakala Indeks FBM Ace meningkat 51.3 mata kepada 3,875.73.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 416 berbanding 193, manakala 278 kaunter tidak berubah, 481 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.
Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 537.704 juta unit bernilai RM1.16 bilion daripada 516.364 juta unit bernilai RM757.067 juta semalam.
Antara saham aktif, Talam Corp dan Affin-WC tidak berubah, masing-masing pada 12.5 sen dan setengah sen.
Gamuda-WD menambah sembilan sen kepada 92 sen, Kenmark meningkat setengah sen kepada 9.5 sen dan Plus Expressway menokok satu sen kepada RM3.36.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 487.58 juta saham bernilai RM1.15 bilion berbanding 433.254 juta saham bernilai RM741.281 juta semalam.
Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 30.746 juta unit bernilai RM4.126 juta berbanding 65.106 juta unit bernilai RM8.932 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 13.818 juta unit bernilai RM1.972 juta berbanding 11.571 juta unit bernilai RM1.587 juta pada Khamis.
Barangan pengguna menyumbang sebanyak 34.760 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 72.669 juta, pembinaan 45.124 juta, perdagangan dan perkhidmatan 145.430 juta, teknologi 25.634 juta, infrastruktur 8.758 juta, kewangan 77.702 juta, hotel 192,000 juta, hartanah 60.213 juta, perladangan 15.951 juta, perlombongan 2,000, REIT 1.041 juta dan dana tertutup 114,300. - BERNAMA