Isnin, 14 Jun 2010

ANWAR MENYINDIR ZAHRAIN DALAM DEWAN

Sewaktu Kingkongress PKR di Kota Bharu, Al-Jub telah menuduh semua wakli rakyat yang meninggalkan parti PKR dan menjadi MP Bebas telah mendapat ganjaran jutaan ringgit.

Kenapa Al-Jub begitu berani menuduh begitu? Jawabnya kerana amalan rasuah telah menjadi darah dagingnya. Mungkin dia pernah menawarkan wang berjuta kepada MP BN untuk keluar parti dan apa bila ahli PKR pula keluar parti dengan mudah dia menuduh BN membeli mereka.

Hari ini Al-Jub menyindir Zahrain kononya sudah gemberia sekarang dengan kereta baru dan rumah yang baru.

Tuduhan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bekas wakil rakyat parti itu yang keluar PKR dan jadi MP Bebas terima ganjaran berjuta ringgit ketiika Konvensyen parti itu di Kota Bharu baru-baru ini, kembali panas apabila lima wakil rakyat berkenaan mencabar Anwar membuktikannya.



Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mencabar Ketua Pembangkang itu mengemukakan bukti terhadap tuduhannya itu ketika mencelah sewaktu Anwar membahaskan usul Rancangan Malaysia 10 (RMK 10) di Dewan Rakyat, Isnin.

Zahrain dan tiga wakil rakyat Bebas itu dalam sidang media di lobi parlimen kemudian menyatakan akan mengemukakan usul menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika gagal membuktikan tuduhan itu kerana membuat kenyataan bohong di parlimen.-14/6/2010
Al-Jub  lupa bahawa rumahnya pun baru selepas keluar penjara bukan 3 juta tetapi lebih 7 juta ringgit. Mana datang wang yang begitu banyak...Terbang keluar negara macam balik Ceruk Tok Kun saja..Belanja PRU dan PKR berjuta-juta ringgit, mungkin berbilion ringgit. Al-Jub juga  menubuhkan banyak NGO yang gaji dibayar menggunakan matawang dollar. Mana datang duit sebanyak itu....