Orang Kuat PAS di Bagan Bahru hari ini secara resmi mengistiharkan masuk UMNO dan menyerahkan borang keahlian.
Mat Arop bin Samah, 64 tahun Ketua PAS Bagan Bahru menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO bersama 26 yang lain di pada persidangan Agung UMNO Cawangan Bagan Bahru.
Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim.
Petang tadi, sebanyak 13 borang yang telah siap disisi telah diserahkan kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut manakala yang lain bahkan ramai lagi akan turut berbuat demikian tidak lama lagi.
Mat Arop yang kelihatan gembira ketika menyerahkan borang tersebut adalah seorang yang berpengaruh. Beliau adalah juga Pengerusi Mesjid Bagan Bahru dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru.
Usaha sedang dibuat untuk menyerahkan borang keahlian Mat Arop dan keluarga kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam satu majlis khas.
Ini adalah kerana Dr Zambery pernah bermalan di rumah Mat Arop ketika mengadakan lawatan dua hari ke DUN Kubu Gajah baru-baru ini.
Kehadiran Dr Zambery yang juga ADUN Pangkor itu cukup istimewa kepada keluarga Mat Arop dan barangkali sentuhan peribadi Menteri Besar itu jugalah yang telah menambat hari Mat Arop menyertai UMNO.
Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya amat mengalu-galukan kemasukan Mat Arop dan ahli-ahli PAS yang lain dan ini jelas membuktikan bahawa UMNO semakin diterima oleh ramai kerana percaya hanya UMNO sahajalah parti yang mampu membelaa nasib rakyat, terutamanya orang melayu.
Perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razsk yang juga Presiden UMNO semakin diterima oleh rakyat.
Dasar UMNO yang mengutamakan perpaduan Ummah juga barangkali menarik dan memikat lebih ramai orang melayu termasuk daripada parti Pembangkang menyertai UMNO.
Sebelum ini, UMNO Bahagian Larut juga menerima ahli-ahli baru di Cawangan-cawangan Tanjung Lengkong dan Taman Kota Wira.
Posted by DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN at 19:40
KOMEN TM;
Kemasukan En Mat Arop Abu Samah 64 tahun yang merupakan orang kuat Pas yang menguasai Pengerusi Masjid dan juga PIBG SK Bagan Baru merupakan satu bukti bahawa apa yang TM tulis sebelum ini adalah benar.
Dalam posting sebelum-sebelum ini TM telah banyak menulis tentang Pas yang telah merancang rampasan kuasa semua masjid dan surau, begitu juga dengan PIBG. Agenda ini telah bermula pada tahun 1990an . Malangnya ramai daripada mereka telah berpaling tadah dan menyokong kerajaan seperti mana En Mat Arop. Syabas dan tahniah kepada beliau kerana berani malakukannya.