Sabtu, 19 Jun 2010

LAGI SUARA YANG MENENTANG SI TANGGANG MODEN

Menjawab Tuduhan Melulu Dr Azmi "TANGGANG'Terhadap Tun Mahathir


Menjawab Tuduhan Melulu
Dr Azmi Sharom Terhadap Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.
“Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.
“Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara,” katanya. Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.
“Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.
“Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing. Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.
“Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.
“Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.
“Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku,” katanya.
Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.
“Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.
“Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti,” katanya. Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.
“Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.
“Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno,” katanya. Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.
“Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti,” katanya. Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan “berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini.”
“Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri,” katanya. Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.
“Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.
“Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.
“Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik,” katanya.

Ulasan Saya
1. Saya mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar cara pelantikan profesor madya atau profesor, dikaji semula. Kes kritikan Prof. Madya Dr Azmi terhadap Tun Mahathir sangat jelas menunjukkan tahap pemikiran profesor di Malaysia masih ditakuk yang sangat rendah. Saya percaya istilah "profesor kangkong" yang pernah digunakan untuk melabel profesor yang tidak matang mengeluarkan kritikan dan hujah ada relevannya. Dan pandangan saya - Dr. Azmi merupakan salah seorang profesor kangkong di Malaysia yang seharusnya dinilai semula segala hasil akademiknya. Saya tidak mengatakan bahawa Tun Mahathir sama sekali tidak boleh dikritik. Tetapi, kritiklah beliau secara akademik dan bukan secara emosi. Cubalah fahami terlebih dahulu apa-apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Sekali pun mungkin Dr Azmi membenci Tun Mahathir - tetapi berlaku jujurlah dengan ilmu yang anda miliki.

2. Izinkan saya menjawab hujah-hujah tidak matang para profesor yang berlagak serba tahu dan kononnya sangat berilmu ini. Hujah-hujah bodoh saya di bawah ini sudah memadai menjawab segala kekusutan minda yang sedang dihadapi oleh para profesor kangkong ini.

3. Siapa yang mendakwa bahawa orang Melayu menguasai 60% daripada jumlah penduduk di Malaysia? Dari mana fakta ini diperolehi? Atau mungkinkah kita main agak-agak sahaja? Ada perbezaan antara istilah kaum Melayu dengan kaum bumiputera. Ini merupakan dua hal yang sangat berbeza serta perlu difahami terlebih dahulu. Orang Melayu di Malaysia hanya berjumlah 14 juta sahaja atau 54% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Siapa kata orang Melayu 60%? Manakala kaum bumiputera yang terdiri daripada kaum Kadazan, Iban dll mencapai 11.8% atau sekitar 3 juta. Adalah tidak benar dakwaan kaum Melayu mencecah 60% kependudukannya di Malaysia - yang benar ialah kaum bumiputera mencecah lebih 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia (bukan kaum Melayu).

Angka 60% diperoleh, adalah 'hasil tambah" antara peratus kaum Melayu dengan peratus kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak - termasuklah Iban, Kadazan dll (mereka ini tidak disebut kaum Melayu, sebaliknya disebut kaum bumiputera) Jadi, hakikatnya orang Melayu hanyalah sekitar 54% sahaja daripada keseluruhan penduduk di Malaysia, yang realitinya sudah pun mencecah 28 juta orang pada ketika ini. Dengan jumlah 14 juta orang Melayu di Malaysia pada hari ini, kuasa 14 juta tersebut sudah pun menjadi kuasa manoriti dengan 1/3 menyokong PKR, 1/3 lagi menyokong UMNO dan 1/3 menyokong PAS atau dengan perkiraan mudahnya ialah 4.7 juta kaum Melayu menyokong UMNO, 4.7 juta menyokong PAS dan 4.7 juta lagi menyokong PKR - bukankah ini dinamakan sebagai manoriti? Manoriti dari segi kuasa dan politik? Mengapa kita terlalu memandang rendah akan hal seperti ini?

4. Jika 10 atau 15 tahun yang lalu, saya akui orang Melayu menguasai 60%, namun demikian, pada hari ini angka tersebut sudah berubah. Fakta terkini juga menunjukkan tahap kelahiran bayi Melayu semakin menurun saban tahun, manakala kelahiran bayi dari kaum Cina dan India telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh sedekat. Perkembangan ini mengakibatkan orang Melayu tidak lagi menguasai 54% penduduk di Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, kerana fakta membuktikan bahawa tahap kelahiran bayi Melayu semakin menurun dari tahun ke tahun, manakala tahap kelahiran bayi kaum Cina, India dan Indonesia di Malaysia semakin meningkat. Untuk jangka masa yang panjang orang Melayu bisa sahaja menjadi minoriti di tanah air sendiri jika hal ini berterusan. Lihat sahaja contoh di Amerika Syarikat, ke mana perginya kaum Red Indian yang merupakan penduduk asal di negara tersebut? Lantaran itu, hujah yang mendakwa kononnya adalah mustahil kaum Melayu akan menjadi kaum minoriti di Malaysia merupakan hujah orang-orang yang jahil terhadap sejarah dan tamadun dunia.

5. Dengan sikap segelintir orang Melayu di dalam PKR, PAS mahu pun UMNO yang sanggup menggadaikan maruah bangsa, tanah air dan agamanya sendiri kepada bangsa lain - mengukuhkan lagi hujah bahawa tidak mustahil orang Melayu-Islam di Malaysia bakal menjadi kaum manoriti pada satu hari nantil! Ditambah pula dengan sikap dan mentaliti sebahagian besar orang Melayu-Islam yang menyokong PKR lebih mirip dan terpengaruh dengan gaya pemikiran ala-Cina DAP yang berkehendakkan "Kesamarataan Hak Tanpa Mengira Saiz Baju". Semua ini menyebabkan orang Melayu pada hakikatnya sudah pun menjadi kaum manoriti di negara sendiri! Dengan kuasa yang terhad, diikuti dengan para pengkhianat yang berselindung di sebalik wajah "keadilan PKR" dan tahap kelahiran bayi Melayu yang rendah (kecuali anak luar nikah yang banyak) mengakibat hujah kononnya kaum Melayu tidak akan menjadi minoriti di negara ini tertolak dengan sendirinya! Orang Melayu-Islam tidak hanya menjadi minoriti dari aspek kuasa politik semata-mata pada hari ini - bahkan kita juga akan menjadi minoriti dari segi demografinya dalam tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang!

6. Realiti politik yang dihadapi oleh kaum Melayu pada masa kini hanya akan dirasai oleh anak dan cucu-cicit kita pada masa akan datang. Dan tidak mustahil kubur kita nanti akan dikencing oleh mereka atas kesilapan orang politik dan kebodohan profesor-profesor kita sendiri!

7. Dan kepada Azmi Sharom, belajarlah terlebih dahulu daripada Tun Dr Mahathir, dia terlebih dahulu makan garam daripada kita. Belajarlah untuk menghormati orang yang lebih berilmu daripada kita. Wallahualam.

AZLI SHUKRI