Selasa, 15 Jun 2010

LAIN BENGKAK LAIN MENANAH

Pepatah Melayu berbunyi Lain bengkak lain bernanah/menanah, boleh lah ditujukan kepada PKR Perak. Riuh rendah satu Malaya mengatakan 3 adun BN akan keluar parti dan menyertai Pakatan. Tiba-tiba hari ini seorang lagi Adun Pakatan melompat keluar menjadikan PR tinggal 27 kerusi, BN 28 dan bebas 4 kerusi.

Strategi Anwar untuk menggangu gugat politik Perak ternyata makan diri. Hari ini pemimpin pembangkang seperti Ngeh , Nga dan Nizar telah bersolok di satu tempat mencari formula untuk terus bertahan dan merancang strategi baru.

Beberapa nama besar daripada Umno seperti Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin, Dato Ramly Zahary, Dato Hamdi Jaafar, Dato Ahmad Fakeh Adam disebut-sebut untuk melompat parti.

Ustaz Zulkifli Ibrahim (foto) Pkr Perak telah membuat sidang media di Hotel Hill City Ahad lepas mengenai Adun BN akan lompat parti tetapi tidak menyebut nama-nama Adun tersebut.

Mungkin esok mereka akan menamakan Adun lain pula, mungkin Dato Hamidah Osman, Dato Mohd Khusari Abdul Talib, pulak yang menjadi mangsa mainan politik Pakatan Pembangkang Perak.

Pembangkang juga memainkan isu kononnya Umno Perak berpecah kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan Menteri Besar, kumpulan Raja Ahmad dan kumpulan Ramly Zahary.

Ini belum lagi bab pegawai khas MB seperti Hanafiah Man , Hamdan Taha dan beberapa orang lagi.pegawai di SUK yang tak lari dari gossip-gossip panas. Bahkan ada juga blog-blog Pro Umno di Perak dah bertindak macam pembangkang. 

Bloggers Perak yang mengaku menyokong BN dan UMNO hendaklah bersikap lebih pro. Dalam sehari dua ini Perak digegarkan dengan berita bahawa kerajaan yang BN yang diterajui oleh DR Zamry bakal ranap.

TM lihat tak ada pun blog-blog yang mengaku otai hebat di Perak menulis perkara ini. Sepatutnya merekalah yang pantas menulis dan menganalisa berita seperti itu. Atau sudah tergamam ?

Adakah mereka suka dengan berita panas dari Hill City Hotel itu? Atau mereka sebagai penyalur maklumat kepada pihak pembangkang dan mencipta masalah dalaman parti. Apakah individu seperti ini ingin menjadi Si Kitol alaf baru?

Akhir kata; TM mengucapkan tahniah kepada ADUN Malim Nawar yang telah menunggalkan Dap hari ini, ternyata 15 bulan bersama Dap sudah cukup mengajar beliau erti dan hala tuju politik yang dikepalai oleh Anwar anak beranak, Lim anak beranak dan Pas almenantuya.

Selepas ini akan ada beberapa lagi terutama dari Pkr akan meninggal parti dan menjadi Adun Bebas di Perak.