Gempar Penang: Peniaga Melayu Di Halau Keluar Dari KOMTAR
Filed Under ( penang bangkit, Republic sosialis Penang ) by pisau.net
Inilah buktinya betapa peniaga dianaiya dan diperlakukan bagaikan paria oleh kerajaan sosialis DAP Pulau Pinang.
Mereka dipaksa keluar dari kawasan perniagaan mereka yang dijalankan sejak belasan tahun setelah notis diberikan.
Kesemuanya adalah 23 peniaga yang menjual pelbagai barangan di ruangan Konkos,Aras 3 dan Blok Podium KOMTAR.
Notis dikeluarkan tanpa berunding dan langsung tidak memberi jalan penyelesaian,malahan notis tersebut lebih bersifat mengugut dan para peniaga akan diambil tindakan keras jika engkar.
Jika kontrak telah tamat,apa salahnya disambungkan semula,apa salahnya diadakan rundingan dan bertemu sambil mendengar masaalah yang berbangkit.
Pengunjung KOMTAR pasti sudah terbiasa melihat deretan gerai gerai melayu di aras 3 dengan jualan kain tudung,jeruk dan pakaian. Sudahlah susah untuk peniaga melayu untuk bertempat di mana mana komplek membeli belah,atas daya usaha kerajaan BN mereka ditempatkan dikawasan utama tetapi kini dihalau pula oleh PDC atas arahan kerajaan ultra kiasu chauvanist DAP.
Apa tindakan hero hero melayu pakatan? YB YB melayu pakatan? semuanya tidak akan sesekali menderhaka kepada junjungan besar Khalifah agung sosialis kesayangan PAS ini.
Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?Sudahlah gerai gerai melayu di robohkan di serata ceruk negeri,peluang berniaga tidak ada, nak melayu merempat?
Anda ,rakyat Pulau Pinang tunggu apa lagi? nak teruskan tidor?atau nak bangkit?
Percayalah setelah desakan dan tersiarkan kerja jahat mereka ini,pasti lembu tunggangan Guan Eng akan datang tergesa gesa untuk berunding sepertimana berlakunya kepada pemilik gerai Do Re Me:klik sini