Rabu, 9 Jun 2010

YB ZURAIDA KAMARIDIN = PENAUNG DAN PUNAISIHAT JUDI DI AMPANG

Empat Premis Diserbu, 10 Orang Ditahan
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menyerbu empat buah premis perjudian berkomputer dalam dua operasi berasingan iaitu di Pandan Mewah, Ampang dan Pudu di sini.
Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad yang mengetuai operasi itu berkata seramai 10 lelaki termasuk lima pemain dan lima penjaga premis ditahan dalam serbuan pada pukul 3.30 petang.
"Polis turut merampas 52 unit komputer, 52 buah kerusi, buku catatan harian dan wang tunai bernilai RM2,210.
"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 18 hingga 50 tahun akan dibawa ke balai polis berdekatan dan tempoh tahanan reman akan ditentukan oleh mahkamah kelak," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Premis berkenaan dilaporkan telah beroperasi selama beberapa bulan dan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.
Maszely berkata intipan terhadap keempat-empat premis terbabit telah dilakukan sejak tiga hari yang lepas.
Seramai enam orang pegawai dan 12 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang terlibat dalam operasi itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin atau dipenjara sehingga lima tahun