Setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, status kesemua 17 cawangan yang dibubarkan itu masih kekal dan ahli-ahlinya juga telah diserap ke dalam 25 cawangan lain dalam UMNO bahagian terbabit.
Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu sebelum ini.
”Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah membuat keputusan bahawa 17 cawangan tersebut kekal tutup dan tidak akan dibuka semula."
Selain Cawangan Persiaran Perak, 16 cawangan lain yang dibubarkan ialah Kampung Paya, Persisiran Sungai, Jalan P. Ramlee, Taman Hijau, Jalan Kampar dan Taman Nusantara.
Turut terlibat Kampung Che Ros, Medan Tengku, Jelutong Barat, Jelutong Pantai, Batu Lanchang, Jalan Sungai, Taman Indah, Taman Perak, Pengkalan Haji Kassim dan Taman Cemerlang.
1,500 ahlinya telah pun berjaya diserap ke beberapa cawangan lain dan berharap saki baki ahli lain juga buat perkara sama jika benar sayangkan parti.