KAMUNTING RAYA 13 Julai 2010- Bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) petang ini diadakan satu majlis perjumpaan dan dialog bersama dengan Ketua Polis Perak YDH DCP Dato Pahlawan Zulkifli Abdullah. Majlis dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat , JKKK , NGO, ketua-ketua kaum dalam Daerah Larut dan Matang.
Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah YB Dato' Muhammad Zahir Dato' Khalid Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Adun 'Kamunting dan YB Dato' Rosli Hussin Adun Trong.
Perjumpaan ini adalah lanjutan daripada saranan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan kadar jenayah. Ini adalah sebahagian dari enam NKRA yang diperkenalkan oleh beliau.
Ketua Polis Perak telah menjelaskan bahawa kadar jenayah 6 bulan pertama pada tahun ini telah menurun berbanding 6 bulan pertama tahun lepas. Kadar jenayah di Perak telah turun sebanyak 18 peratus dan 8 peratus menurun di Daerah Taiping (Larut dan Matang)
Daerah Taiping atau Larut dan Matang hari ini mempunyai lebih 500 ribu penduduk dengan jumlah 600 pegawai polis dan lain-lain pangkat adalah masih kecil jika dibandingkan dengan nisbah penduduk.
"Tujuan perjumpaan ini adalah untuk beramah mesra , mendengar dan mendapat maklum balas dari pihak ketua-ketua dan pemimpin masyarakat mengenai tahap kepuasan terutama tentang keselamatan dah harapan penduduk terhadap perkhidmatan PDRM di Taiping." jelas Ketua Polis Perak.
"Masalah jenayah merupakan satu masalah yang komplek dan ia merupakan masalah sosial, seandainya berlaku kejadian jenayah, masyarakat dengan mudah menyalahkan pihak polis semata-mata."
" Masyarakat harus juga memikirkan agenda-agenda pencegahan dan mendidik remaja-remaja kerana mereka adalah generasi yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan pengaruh luar untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat."
Sekarang tiba lah masa untuk kita memberi kesedaran , contohnya apabila remaja terlibat dengan kegiatan lumba haram atau merempit, maka polis akan menahan dan menyiasat secara terperinci untuk menilai dan mengkaji apakah punca sebenar masalah. Apakah latar belakang keluarga mereka, apakah mereka mempunyai masalah dalam keluarga"
Tanggung jawab terhadap jenayah bukan masalah yang harus dipikul oleh polis, pemimpin masyarakat juga bertanggung jawab untuk membendung dan mencegah jenayah.
Indek jenayah adalah satu petunjuk yang sangat penting untuk negara. Pelabur dan pelancong akan melihat indek ini, jika negara kita mempunyai kadar jenayah yang tinggi ia akan menjejaskan pelaburan, pelancongan dan juga faktor-faktor lain.
Jenayah hendaklah dilihat seperti api, jika api kecil ia mudah dipadamkan tetapi jika dibiarkan masalah ini akan menjadi lebih besar. Bersyukur kerana kadar jenayah di Perak masih terkawal.
Untuk mengurangkan peluang aktiviti jenayah , rondaan oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) , Rela, Rakan Cop , Rukun Tetangga (RT) dll. Pada peringkat sekolah juga perlu dihidupkan semula Kadet Sukarela Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah.
Masyarakat hari ini perlu mengambil berat apa yang berlaku disekeliling kita, pepatah melayu seperti jaga tepi kain sendiri tidak boleh diamalkan. Kita kena peduli dan peka dan menjaga juga tepi kain orang lain.
Masyarakat juga perlu bekerjasama dan mengekalkan hubungan baik dengan institusi keselamatan khususnya PDRM. Mereka juga memerlukan sokongan dan khidmat bantu masyarakat setempat untuk merealisasikan blueprint YAB Menteri Besar Perak iaitu PERAK AMAN JAYA.
Penduduk Perak juga boleh menghubungi secara terus dengan Ketua Polis Perak melalui Facebook [ Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah] dengan izin.
Untuk maklumat laman web PDRM PERAK sila klik di sini.