Selepas itu Dr Zamry melawat dan bermesra dengan penduduk-penduduk pelbagai kaum dalam kawasan tersebut dan khususnya kawasan perumahan rakyat termiskin (PRT).
Sebelah petangnya pula Dr Zambry bersama dengan Exco Sukan dan Belia Perak YB Dato Zainol Padzi Hj Paharudin bersama dengan tuan rumah YB Dato Rosli Hussin mengadakan perjumpaan mesra dan dialog dengan pertubuhan-pertubuhan belia kawasan Trong, Bukit Gantang, pemuda dan puteri .
Bagaimana pun majlis menjadi lebih besar dengan kehadiran penduduk setempat pelbagai peringkat umur untuk menyambut ketibaan Dr Zambry. Kanak-kanak kecil yang hadir bersama ibu bapa mereka berebut-rebut untuk bersalam dengan Menteri Besar mereka.
Dr Zambry menunaikan solat maghrib bersama-sama penduduk khairiah masjid Sungai Tinggi dalam kawasan Dun Trong. Selepas solat Isya , pada jam 9.00 malam ini bertempat di Padang Sungai Tinggi Trong diadakan Majlis Forum Perdana.
Keesokan harinya bertempat di Padang Sungai Kerang MB akan bersama penduduk setempat untuk aktiviti riadah senam robik dan berlanjutan dengan perhimpunan rakyat pada jam 9.00 pagi di padang yang sama.
Perasmian Program Juara Rakyat akan diadakan di Padang Sungai Kerang dan majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan Jamuan Rakyat.