'Harakah 20 Tahun Memerdekakan Minda Rakyat'
Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan Harakah sebagai tali yang dihulurkan ke dalam telaga manakala pembaca dan rakyat hampir lemas dalam telaga berkenaan.
Beliau juga berkata 'bloggers Pas' juga berperanan menyampaikan berita dan maklumat yang benar adalah berada di jalan yang mulia sejajar kehendak Allah SWT.
Hadi Awang berkata Harakah bertanggungjawab menyampaikan mesej benar kerana mereka bukan saja dipertanggungjawab di dunia tetapi juga di akhirat.
Harakah sepanjang kewujudannya pada 1987, seterusnya kelahiran Harakahdaily pada akhir 1990-an dan pengurangan kekerapan penerbitannya kepada dua kali sebulan berbanding dua kali seminggu sebelum 2000.
Mengikut petunjuk yang diperolehi dari Alexa.com, lama web terkemuka di Malaysia ialah teratas ialah Facebook. Malaysiakini berada di kedudukan ke 15, Malaysia Today tempat ke 51, Malaysian Insider ke 53 dan Harakah tempat ke 82. Laman web parti-parti lain terkeluar daripada 100 teratas.
Ternyata bahawa pembaca Harakah adalah tinggi dan memang layak Harakah di labelkan sebagai Juara internet. Akan tetapi kenyataan Nik Aziz dan Hadi Awang di atas memang tidak boleh diterima kerana Harakah tidak membangunkan minda rakyat, tidak menyiarkan program-program Pas kepada rakyat, tidak melaporkan pembangunan yang dibuat oleh Pas.
Dari muka depan sehingga muka belakang Harakah penuh dengan kritikan terhadap projek kerajaan BN, ulasan dan kritikan kenyataan menteri-menteri BN dan paling ketara ialah Harakah penuh dengan iklan ubat kuat. ubat tahan lama dan sebagainya.