Kancil Milik Sinar Harian |
Majlis Pelancaran Kereta Sinar |
Sinar Perak mempunyai sedikit kelemahan dan tenaga kerjanya. Mereka sepatutnya mencari wartawan yang ringan tulang dan tidak berat bontot.
TM perhatikan ada wartawan Sinar yang berat untuk bergerak dan tidak mempunyai semangat kerja yang tinggi, mencatat ikut suka hati. Merungut bila mendapat tugasan. lemah semangat untuk traveling jauh-jauh.
Apabila bekerja dengan keadaan tertekan, tidak bermotivasi dan lemah, maka laporan yang ditulis tidak sempurna, banyak tersalah fakta dan tidak Ummmphh!!!
TM sebagai blogger yang banyak kali berdepan dengan wartawan Sinar dapat membuat inferent tepat terhadap sikap mereka. Ia juga bukan sahaja kepada Sinar sahaja . tetapi juga media lain. TM pernah mendengar seorang kakitangan sebuah media visual yang merungut kerana ditugaskan untuk membuat liputan.
Inilah dia akibatnya apabila makan gaji dan buat kerja apa yang disuruh. Ia amat berlainan dengan blogger yang berkerja tanpa gaji dan tanpa upah. Kerana minat dan kerana perjuangan kami sanggup meredah apa juga rintangan untuk mencari berita.
TM tahu ada juga wartawan yang menerima sumbangan daripada pihak yang memanggil supaya membuat liputan. Terima kasih sahajalah kalau ada yang bagi tips dan sumbangan untuk minum teh atau anda. tetapi jangan lah meletakkan nilai tugasan kepada tips yang diterima. Amanah sebagai wartawan mengejar berita itu yang amat penting bukan mengejar ganjaran.
Pak Ngah Hamdi |
TM dengar khabar Sinar Peraka akan bertemu dengan Pak Ngah atau YB Dato Hamdi Abu Bakar mengenai isu ini.
Baguslah tetapi yang penting Sinar hendaklah ingat pembaca Sinar Perak ialah rakyat Perak termasuk TM, bukan Pak Ngah sorang. jadi Sinar hendaklah memenuhi selera orang Malayu Perak dengan 'berkata benar'.