Ahad, 24 Oktober 2010

Shafei Apdal bakal perdana menteri pertama dari Borneo

Naib Presiden Umno YB Dato' Seri Shafei Apdal pada pandangan TM adalah merupakan ahli politik yang cukup berjaya dan bergaya. Beliau bukan baru, kehadirannya dalam dunia politik sudah cukup lama dari misai hitam sampai putih beliau kekal disenarai top ten dalam hiraki Umno.

Anak didik Tun Sakaran ini adalah merupan bekas kaki tangan kerajaan yang sanggup melepaskan jawatan dan memasuki arena politik yang belum tentu cerah atau gelap masa depannya. Akan tetapi terserlah dan ternyata bintangnya begermerlapan di dalam Umno.

Rakan-rakan sezaman dalam barisan pemuda Umno ramai sudah tenggelam antaranya Rahim Tamby Chek, Al- Amin dan ramai lagi yang hanyut dalam arus tsunami (PKR) tetapi belia terus kekal dan berjaya menentang badai.

Ucapan penangguhannya semalam tepat, padat sarat dengan isi dan fokus kepada tajuk tanpa banyak beretorik.

Sudah bertahun tahun TM melihat langkah persilatan beliau ternyata langkahnya tidak tempang. Untuk terus bersinar dan menjadi Perdana Menteri pertama dari kaum lanun Sabah, Shafei harus berwaspada dengan segala gossip panas ala-ala artis tanahair.

Menurut DS Dr Ahmad Zahid beliau adalah lanun Sabah tetapi setahu TM kaum yang wujud di sana ialah kaum Ilanun mungkin sama lah kut kerana berbeza dialek. Ia seperti menyebut buah ambangan (SBH) dan embang (SWK) atau buah tarap dan terap.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.