Rabu, 5 Januari 2011

PERJUANGAN MENENTANG KEMUNGKARAN INSAN MUNAFIK DAN PENGORBANAN SRI KANDI

 ‪
Segalanya telah tersurat dan tersirat. Tiada siapa menyangka surat yang di tulis oleh seorang gadis biasa berusia 28 tahun ketika itu mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri setebal 19mukasurat bertarikh 5 hb Ogos 1997 akhirnya telah mengundang satu ledakan Hiroshima yang tiada siapa dapat menduganya yang akhirnya telah membawa kepada satu perubahan besar kepada senario politik tanahair negara.Itulah takdir namanya. Kun Fa Ya Kun apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah ia tanpa siapa dapat menghalangnya 
Apakah mungkin seorang gadis biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam tampuk kepimpinan mahupun parti apatah lagi bukannya datang dari keluarga yang berpengaruh mampu mengoncang kedudukan seorang TPM yang begitu terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia .
 
Namun ketajaman mata penanya dan fakta fakta serta bukti bukti yang dilampirkan telah mengundang satu suasana paling kontroversi pernah berlaku di dalam negara mahupun kepada penulis surat keramat itu.
 
Demonstrasi di sana sini,rakyat yang hilang hala tuju dek kerana propaganda insan munafik menjadi ganas , keadaan tidak terkawal , negara berada diambang kehancuran apatah lagi dengan kemelut ekonomi yang begitu meruncing dan desakan serta tekanan dari Amerika menambahkan lagi keadaan huru hara ketika itu. Index saham jatuh keparas terendah 200 index berbanding sebelumnya iaitu 1400index. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah 150syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham akhirnya gulung tikar. Kadar peratusan pinjaman rumah dan kereta mencecah belasan peratus. 
Mujurlah ayahanda Mahathir mengambil pelbagai tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan diantaranya dengan perlantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan bagi menstabilkan keadaan dimana dalam tempoh 6 bulan sahaja index kembali pulih ke paras 600 index dan seterusnya mengheret si pengkhianat kemuka pengadilan dan akhirnya si pengkhianat terhumban 6 tahun ke dalam penjara. Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa bersejarah yang sukar di lupa oleh rakyat yang hidup di zaman tersebut apatah lagi kepada penulis pena perihal salahlaku TPM ketika itu, kerana terlalu banyak pengalaman yang begitu pahit , sedih dan ngeri yang harus di tanggung bersendirian demi sebuah perjuangan dan kasihnya sri kandi kepada agama, bangsa dan negara.Dipendekkan cerita hikayat Al Anwar Al Sheikh Al Karut sesungguhnya si penulis surat keramat tersebut telah mengalami pelbagai trauma , kepayahan, kepedihan yang tidak mampu ditanggung oleh mana mana gadis sebaya dengannya ketika itu mahupun belia ataupun di kalangan orang politik sendiri.Inilah yang dinamakan Perjuangan Sri Kandi demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Tapi siapalah tahu apa yang dialami oleh sri kandi dalam menegakkan kebenaran dan jihad yang agung ini demi kepentingan ummah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul sedangkan ramai di atas sana yang memegang pelbagai jawatan raksasa hanya tahu mendabik dada seolah olah lembu punya susu sapi mendapat nama . 
Sesungguhnya bukanlah sri kandi ingin mendabik dada namun perjuangan ini tidak dapat dinilaikan atau dibandingkan sama sekali dengan wang ringgit. Bayangkan kalau si pengkhianat menjadi PM ketika itu apa akan jadi pada negara? Negara dan ummah akan hancur , anasir kuasa asing mungkin akan bermaharajalela , negara hilang berbillion ringgit dalam sekelip mata. Namun alhamdulilah mengapa allah memilih saya di antara berjuta manusia untuk berjuang dengan jihad yang hebat ini yang tiada tolok bandingnya di alaf siber.Ini bukan kata kata saya, tapi datangnya dari seorang ulamak tersohor Indonesia Ustaz ArRahman Al Hafiz bahawa jihad ini amat mulia iaitu menentang kemungkaran seorang pemimpin ketika dia sedang berkuasa. 
Amin, amin berkat doa ibu dan rakyat jelata akhirnya yang benar terbela dan yang berdosa  telah kepenjara. Terselamatlah bumi Malaysia dari kehancuran manusia durjana.Selama sepenggal negara tenang, aman tanpa demonstrasi tanpa sandiwara kerakusan politik dan Parti Keadilan telah hampir-hampir berkubur ketika itu, namun setelah dia dibebaskan negara kembali lagi berada dalam zon bahaya ketika ini di kala sidurjana bermaharajalela. Maka kerajaan harus dan WAJIB mengambil kira dengan teliti, berhati hati dan perlu lebih tegas tanpa lewa walaupun seketika.Apatah lagi di kala semua sultan menjadi murka sehingga perkataan penderhaka telah terkeluar dari mulut Yang Teramat Mulia Sultan Perak baru baru ini, Ampun Tuanku, patik merafak sembah menjunjung kasih bersetuju dengan pendapat tuanku, sesiapa yang menyerang HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DI ANGGAP PENDERHAKA. Segala serangan fitnah di internet dan blog harus dipantau dan dipadam seperti yang dipraktikkan diArab Saudi agar rakyat tidak terpengaruh dan celaru. Harus ada badan khusus untuk memantau serangan siber ini.
 
.
 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.