Rabu, 5 Januari 2011

Sejarah 500 tahun lalu

By malaysiana2

Blog Warga Malaysia Yang Cintakan Kebebasan Bersuara

Thursday, July 12, 2007

Belanda Menjajah Malaysia Selama 183 Tahun

Dari Berita Harian. Disunting oleh Malaysiana2.

Penjajah Belanda mula bertapak di Malaysia pada tahun 1612 apabila mereka menakluk Jakarta di Pulau Jawa yang pada asalnya milik Empayar Johor.

Belanda telah menjadikan kota Jakarta sebagai pangkalan mereka di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1641, Belanda telah membantu Sultan Abdul Jalil Shah 3 Johor untuk mengusir penjajah Portugis dari bumi Melaka yang dirampas pada tahun 1511.

Sebagai balasan, Belanda telah memaksa Sultan Abdul Jalil menyerahkan Melaka kepada mereka sebagai jajahan.

Pada tahun 1669, Belanda telah menakluki kepulauan Sulawesi, Maluku dan Tenggara iaitu tanah tumpah kaum Bugis yang taat setia kepada Sultan Johor, seperti kaum Jawa.

Sultan Johor adalah ketua kaum Melayu Asli (Temuan).

Penjajahan Belanda ke atas Tanah Bugis dan Tanah Jawa telah menyebabkan ramai orang Bugis dan Jawa berhijrah dari Kepulauan Melayu ke Tanah Besar Melayu iaitu Semenanjung Malaysia.

[Masyarakat Bugis sebenarnya berasal dari kaum Bidayuh di Kuching, Sarawak. Masyarakat Jawa sebenarnya berasal dari kaum Melanau di Sibu, Sarawak]

Pemimpin utama kaum Bugis iaitu tiga orang putera raja bernama Daeng Perani, Daeng Merewah dan Daeng Celak, telah membantu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor menamatkan satu pemberontakan terhadap pemerintahannya pada tahun 1720.

Sebagai membalas jasa pahlawan Bugis itu, Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Merewah sebagai Yang Dipertuan Muda (Sultan Muda) Johor. Ketiga-tiga pahlawan itu telah berkahwin dengan sanak saudara Sultan Johor.

Kekadang, Sultan Sulaiman dihasut oleh kaum keluarganya supaya mengusir orang Bugis dari Johor. Oleh itu, baginda menjalin hubungan baik dengan orang Belanda di Melaka dan Jakarta.

Akibatnya, ketua-ketua Bugis dan Melayu Asli kerap bertelagah, dan kekadang, Sultan Johor menyuruh penjajah Belanda untuk menyerang orang Bugis di Johor.

Walaupun ketua-ketua Bugis dan Melayu Asli kerap bertelagah, pengikut mereka menjadi rapat dan berkahwin antara satu sama lain.

Oleh itu, hubungan antara ketua-ketua Bugis dan Melayu Asli sentiasa berakhir dengan perdamaian.

Pada tahun 1784, Sultan Mahmud Shah 3, cucu Sultan Sulaiman, telah menyatukan orang Bugis dan Melayu Asli untuk menyerang Belanda di Melaka.

Malangnya, tentera Johor tumpas di tangan Belanda dan Sultan Muda Johor, Raja Haji Daeng Celak, gugur di medan pertempuran.

Sultan Mahmud telah dipaksa menerima Penasihat Belanda. Pulau Sumatera, Jawa, Bali, Sulawesi, Maluku dan Tenggara diserahkan kepada Belanda.

Penguasaan Belanda di Malaysia berakhir pada tahun 1824 apabila penjajah British menandatangani perjanjian dengan mereka di London.

Dalam Perjanjian London 1824, Belanda mengambil alih Kepulauan Melayu kecuali Timor Timur yang dijajah Portugis dan Filipina yang dijajah Sepanyol.

Bahagian barat Pulau New Guinea diambil oleh Belanda, dan bahagian timurnya oleh British menerusi jajahan Australia.

Kesultanan Banjarmasin di Pulau Borneo yang diperintah oleh seorang anak Sultan Brunei diletakkan di bawah kuasa penjajah Belanda.

Negeri-negeri di Tanah Besar Melayu (Semenanjung Malaysia) dan utara pulau Borneo tetap dinaungi oleh Empayar Johor. Tetapi British telah mengambil alih kesemuanya secara berperingkat-peringkat, di antara tahun 1824 dan 1914.

Posted by cai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.