Ahad, 16 Januari 2011

Sesi Penerangan PERKASA Daerah Larut Matang dan Selama

En Othman Mohamed
Pertubuhan Pribumi Perkasa ( PERKASA ) Larut Matang Selama telah berjaya mengadakan satu sesi penerangan berkenaan tujuan dan hala tuju pertubuhannya bersama masyarakat.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Nelayan Kampung Dew Seberang, Taiping Perak dan dihadiri oleh penduduk penduduk kampung tersebut.

Penerangan disampaikan oleh En Othman Mohamed  Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah.  Ketua Wira En Samsuri dan barisan AJK.

Majlis dihadiri oleh Raja Hamzah Raja Bahari Ketua Kampung Dew Seberang, En Fuad En Re Ketua Umno Kpg Setia. En Yusof  Isa Ketua Umno Kg Dew Seberang.

Turut hadir ialah Tuan Haji Bidin Mohammad Pemangku Pengerusi Tetap Umno Bukit Gantang dan  En Jefri Md Daud Timbalan Ketua Cawangan Taman Berkat.

Program penerangan ini ialah kali kedua selepas program di Taman Berkat. Program penerangan mengenai isu-isu semasa. Antara isu yang disentuh ialah mengenai persepsi masyarakat yang masih memandang sebelah mata terhadap pertubuhan ini.

Buat masa ini Daerah LMS hanya mempunyai seramai 2626 ahli dan masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduk daerah ini.

En Othman berharap supaya ahli-ahli Perkasa berusaha untuk menambah ahli kerana pertubuhan ini hanya mengenakan yuran RM 10 seumur hidup dan tiada yuran bulanan atau tahunan.

Syarat utama untuk menjadi ahli Perkasa ialah warganegara Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam dan berumur 18 tahun ke atas.  Perkasa bukan parti politik dan ahli Pas, Pkr , Dap atau Umno asalkan dia Melayu boleh masuk Perkasa, tetapi kena letak politik diluar pagar. Jangan bawa politik ke dalam Perkasa, akhir sekali yang penting ialah untuk memertabatkan ketuanan Melayu.