Rabu, 12 Januari 2011

Sidang Dun Selangor untuk kembalikan hak Sultan Selangor

Di Perak Pas menyebarkan dakyah mereka kononnya persidangan DUN Selanor pada 24 Januari 2011 adalah untuk mengembalikan kuasa raja yang immunity nya telah ditarik balik oleh Umno pada 1992/3 dahulu.

Ini lah penipuan Pas terkini untuk menghalalkan persidangan Dun yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Konon cerita kerajaan Pakatan lebih perihatin terhadap Sultan berbanding dengan Umno.

Kuasa Mutlak lebih baik daripada sistem yang ada sekarang iaitu Raja Berpelembagaan yang kononnya tidak memberikan banyak kuasa kepada Sultan. Itulah modal Pas yang digunakan dalam ceramah politik dan juga di masjid dan surau.

Jika benar Pakatan ingin menggubal undang-undang tubuh negeri Selangor dan menggugurkan istilah Raja Berpelembagaan, ia sebenarnya adalah satu putar belit Dap untuk mengasingkan kuasa Raja daripada terikat dengan perlembagaan agar senang dan mudah bagi mereka mentadbir Selangor kerana Sultan tidak lagi mempunyai kuasa ke atas dewan dan kerajaan negeri.

Sebelum ini pun Pakatan telah menghasut rakyat supaya menolak institusi Raja. Pernah berlaku satu insiden seorang pelajar universiti yang hadir dalam perhimpunan Gempita di PWTC hujung tahun 2009 dengan lantang dan beraninya mempertikaikan peranan Raja dalam pemerintahan negara. Bagi pelajar tersebut Raja tidak menguntungkan negara dari segi ekonomi, Raja lebih banyak membazirkan wang rakyat.

Persoalan yang dikemukakan oleh pelajar tersebut sebenarnya memberikan satu gambaran bahawa pelajar sudah dihasut sejak di universiti oleh pensyarah mereka yang ramai menyokong pembangkang.

Pakatan pembangkang sebenarnya menjadikan kes peralihan kuasa di Perak sebagai indikator supaya kuasa Sultan dihadkan sekitar istana sahaja. Sultan tidak boleh menggangu atau campur tangan dalam pembentukkan sebuah kerajaan.

Ini adalah agenda politik Dap untuk membolehkan mereka menjadi Menteri Besar Selangor setelah gagal berbuat demikian di Perak selepas PRU 12 tahun 2008 yang lalu.

Benarlah kata Anwar bahawa isu Khusrin hanyalah “small matter” dan ” big matter ” ialah kuasa Sultan yang perlu dihapuskan.