Ahli parlimen Padang Serai, N . Gobalakrishnan mendedahkan perjuangan sia-sia selama 12 tahun bersama Anwar Ibrahim dan PKR. Beliau juga bercerita tentang perangai rakus Anwar untuk menggapai cita-cita peribadi mahu jadi Perdana Menteri hingga sanggup berbohong, menikam kawan dari belakang dan memperdaya rakyat. Ikuti temubual eksklusif wartawan UMNO Online, MOHD FAIZAL MOHD SALLEH dan rakaman juruvideo ROSLAY RAFIE bersama beliau di ruang rehat Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Selepas 12 tahun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya dibuang begitu sahaja oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan kumpulan mereka yang kononnya berjuang memerdekaan negara ini dan rakyat.
Berjuang untuk berubah hanyalah retorik politik. Kata-kata indah yang tidak ada jiwa dan semangat. Satu cubaan memperdaya rakyat. Yang sebenarnya Anwar hanya mahu pergi ke Putrajaya. Ini cita-cita rakusnya. Buat apa sahaja untuk mencapai kehendak peribadinya.
Kita semua tahu bahawa retorik Anwar itu hanya sekadar mahu menjadi Perdana Menteri dan beberapa rakannya itu seperti Azmin Ali, Saifuddin dan beberapa orang lagi hanya mahu menjadi menteri-menteri kabinet sahaja. Anwar sebenarnya tidak berani menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan pada masa yang sama mahu melarikan diri dari kebenaran.
Kalau Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, beliau harus berani berhadapan dengan kebenaran kerana sesiapa sahaja yang mahu menjaga Negara ini, mestilah seorang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan tetapi apa yang berlaku hari ini, Anwar Ibrahim tidak berani memberi setitik darah tetapi dalam masa yang sama, dia mahu menjadi Perdana Menteri.
Beliau tidak mahu membersihkan namanya sendiri tetapi dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.
Pernah Diminta Keluar PKR Dan Masuk BN
"Kita semua tahu sejak kebelakangan ini, saya menjadi sasaran mereka selepas saya berkompromi dengan Datuk Zaid Ibrahim dan saya menyokong Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Datuk Zaid menenttang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub."
Tambahnya, ketiga-tiga orang ini mempunyai watak tersendiri di antara mereka. Apabila Datuk Zaid bertanding, Gobala menjadi penyokong Zaid dan menjadi sasaran kumpulan Anwar di mana Anwar sendiri sebagai Ketua Umum, hanya menyokong Azmin Ali untuk bertanding jawatan tersebut.
"Apakah sebabnya Anwar mahu menyokong Azmin Ali sahaja. Ini semua berlaku dan sebab itu saya terkeluar dan dikeluarkan dari parti. Sebelum saya keluar ini, saya sudah tiga kali dicabar Anwar apabila saya membawa masalah-masalah yang seharus saya bersihkan dalam parti, saya berbincang dengan beliau dan beliau mengatakan kalau awak tidak senang hati, awak boleh keluar dan masuk Barisan Nasional.
Saya ini yang sudah 12 tahun bersama-sama beliau, bukan sekali dikatakan begitu, tetapi tiga kali. Saya ini bukanlah seorang fanatik, saya lahir sebagai seorang hindu dan seorang India, dan menjadi tanggungjawab saya menjaga rakyat Malaysia malah bertanggungjawab juga pada orang-orang India juga," tambahnya.
Tulisan oleh :Sahabat Gunung