Khamis, 3 Mac 2011

Ahmadiyah Disayang, Ahmadiyah Ditendang

Jangan keliru. Ahmadiyah sebenarnya ialah aliran sesat Qadiani, diasaskan oleh Mirza Ghalam Ahmad di Qadian (India ketika itu) pada 1889. Mereka hendak berselindung di sebalik nama Ahmadiyah lantas mengaitkan gerakan mereka sama dengan gerakan Ahmadiyah yang membangunkan tamadun silam!! sungguh kelakar.


Qadiani mempunyai sumber serta cara memahami sumber yang berbeza dari Islam, mereka tetap menuntut bahawa mereka tergolong daripada golongan Islam bahkan, mereka mengkafirkan yang selain dari yang orang yang menerima pegangan mereka. Mereka mengaku bahawa merekalah Islam tulen manakala kita yang tidak menerima mereka adalah kafir!

Pada zahirnya sumber mereka sama dengan sumber Islam. Mereka mengaku mengikut al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi mereka mempunyai sumber tambahan iaitu tulisan dan ucapan Mirza Ghulam Ahmad yang mengasaskan gerakan tersebut pada tahun 1889.

Mereka menganggap penulisannya serta Â"khalifahÂ"nya seperti Hakim Nureddin dan Bashiruddin Mahmud sebagai sumber asasi yang amat penting dan memperkecilkan sumber lain.

Ghulam Ahmad pada mulanya menganggap dirinya sebagai al-mahdi dan kemudian mengaku

dilantik sebagai Â`NabiÂ' yang menerima wahyu secara terus dari Allah. Selain daripada mempunyai sumber tambahan, cara mereka memahami al-Quran dan hadis juga

berlainan dari umat Islam yakni berlainan dengan kaedah Bahasa Arab dan Tafsir yang telah diterima oleh seluruh umat Islam zaman berzaman. Kebanyakan pentafsiran mereka tersebut diolah bagi menegakkan kefahaman mereka bahawa Mirza Ghulam Ahmad ialah Nabi yang dijanjikan. Di samping itu mereka percaya bahawa tidak ada lagi Jihad dan yakin dengan pegangan yang pelik seperti kononnya Nabi Isa (a.s.) wafat di Kashmir!

Masalah yang besar mengenai Qadiyani ialah walaupun mereka mempunyai sumber asasi yang berlainan dari yang dipegang umum oleh umat Islam, mereka tetap mahu mengaku mereka orang Islam bahkan menganggap orang Islam yang lain sebagai tidak Islam atau sesat.


Di sini timbul persoalan bagaimana dua golongan yang berbeza, masing-masing mengaku Islam; masing-masing mengkafirkan yang lagi satu. Bagi saya, kedudukan dua golongan yang berbeza dari sudut asas dan sumber sedangkan kedua-duanya mengaku Islam dan mengkafirkan yang lain adalah keadaan yang saling menolak (mutually exclusive). Jika satu golongan benar, yang lagi satu pasti salah dan begitu juga sebaliknya.


Perumpamaannya ialah seperti sebatang pohon jati yang rendang yang tumbuh dari akar yang teguh. Semua makhluk seluruh dunia mengenalinya sebagai pohon jati kerana begitu rupa akar, batang, ranting, daun, bunga dan buahnya. Tiba-tiba tumbuh pula sebatang pokok lain yang berlainan daripada pohon pertama tadi mengakui dirinya sebagai pohon jati. Menurutnya, yang selama ini dipanggil jati itu bukan jati tetapi beliau yang baru ini yang sebenarnya jati. Namun, dilihat dari akarnya, memang berlainan dari pokok yang dipanggil jati sebelum ini. Maka sudah pasti, pohon yang baru tumbuh itu tidak sama dengan pohon yang asal. Jika yang baru sebenarnya jati, maka yang asal itu bukan jati dan begitulah sebaliknya. Dengan kata lain, satu situasi Â"mutually exclusiveÂ" terjadi; jika ini jati, yang itu tidak.

Begitu juga antara kita dengan Qadiani berada dalam situasi "mutually exclusive". Mengikut kefahaman, keyakinan dan pegangan kita Jamaatul Muslimin sepanjang zaman, inilah kefahaman dan keyakinan yang benar; tidak ada Nabi selepas Rasululllah, tidak ada wahyu sesudah Muhammad s.a.w. Jika ada yang mengaku menerima wahyu atau mengatakan dia Rasul selepas kewafatan Rasulullulah, maka dia pendusta sebagaimana berdustanya Musailamah al-Kazzab selepas kewafatan Nabi s.a.w..

Sebab itu satu persidangan ulama dari 124 negara Islam yang diadakan di bawah naungan Rabitah al-Alam Islami pada tahun 1974 telah mengistiharkan bahawa Qadiyani atau Ahmadis atau Ahmadiyya adalah kafir yang terkeluar dari golongan umat Islam. Mereka tidak mempunyai sebarang hak sebagai seorang Muslim.




(dipetik dari: http://www.freewebs.com/omar600)