Selasa, 10 Mei 2011

Anda sanggup berimamkan Anwar?


Berikut ialah pengikut PKR yang telah keluar parti.

Anwar Munafik
Anwar Pengkhianat

Episod duka terus menghantui pembangkang di negeri ini apabila saban hari, semakin ramai penyokong dan ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan terbaru, seramai 120 ahli jawatankuasa dan jentera pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Rengas nekad berbuat demikian berkuatkuasa hari ini.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Padang Rengas, Megat Mohd Megat Mahidin, berkata tindakan itu diambil kerana mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan parti yang berkepentingan sendiri, ego dan rakus selain tidak mampu membawa perubahan seperti yang dilaungkan iaitu Harapan Baru Untuk Malaysia.

Katanya, kepimpinan parti juga sanggup bermain politik secara kotor yang secara terangan-terangan bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diperjuangkan PKR.

“Selain itu, kepimpinan tertinggi baik di peringkat pusat mahupun negeri tidak mahu mendengar pendapat ahli akar umbi dan mereka juga sanggup membunuh karier politik rakan seperjuangan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pengisytiharan keluar parti ahli jawatankuasa dan jentera pilihanraya PKR Cabang Padang Rengas di Sungai Perak Safari Resort, dekat Kuala Kangsar. Hadir sama, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang juga bekas Bendahari PKR negeri.

Tambah Megat Mohd, selepas keluar PKR, mereka akan bergerak secara bebas dengan menyertai badan bukan kerajaan (NGOS) dan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam parti itu.

Ujarnya, kemelut PKR Cabang Padang Rengas semakin parah kerana dianggarkan lebih separuh daripada 996 ahli parti itu sudah keluar parti secara senyap dengan menyertai parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC.

“Kami juga ingin menyatakan sokongan terhadap Gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya yang masing-masing diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana ia memperjuangkan nasib rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, ahli dan penyokong PKR perlu memikirkan semula sokongan mereka terhadap parti itu kerana ia hanya perjuangan yang sia-sia.

Laungan reformasi yang dilaungkan parti itu bagi tujuan mengaburi mata rakyat katanya, selayaknya ditukar menjadi reforbasi kerana ia hanya memperjuangkan agenda dan kepentingan peribadi pemimpin.

“Saya menggesa ahli PKR supaya memikirkan semula sokongan mereka terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan kesilapan besar yang perlu diperbetulkan semula dengan membuat keputusan yang lebih bijak,” tambahnya.

Pada 1 Mei lalu, 400 ahli Kelab Penyokong Parti PAS, kaum India Parlimen Tapah secara rela beralih ke landasan yang benar dengan menyokong Barisan Nasional.

Disebabkan hilang kepercayaan dan merasakan seolah-olah dipergunakan oleh pihak pembangkang kesemua mereka secara rasmi telah beralih untuk menyokong kepada kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rata-rata, kebanyakan dari kumpulan ini dipercayai kecewa dengan perjuangan PAS yang tidak habis-habis membuat tuduhan palsu sedangkan parti itulah yang sepatutnya menegakkan kebenaran.

Justeru, kesemuanya mengambil keputusan untuk menjadi ahli MIC dan sekaligus mendokong konsep 1 Malaysia yang sehingga kini menjadi asas perpaduan kaum di negara ini.

Sila lawat laman asal (KLIK )