Dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Hj Mohamad Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi tewas. Beliau tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu bukan team Erdogan, juga bukan team presiden. Beliau teamnya sendiri. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu sebenarnya.
Anwar dan Mohamad Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar tidak boleh menjadi sekutu politik walaupun mereka berada dalam satu kapal. Anwar tidak pernah suka dengan Mohamad Sabu dan Mohamad Sabu pula tidak pernah kisah orang suka dirinya atau tidak suka. Tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Mat Sabu pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah ke Kuala Pilah dengan pergerakan terhad. Kesalahannya? Menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai "eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan Melayu Malaysia".
Pada tahun 1982 bila Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terkejut beruk. Hampir semua tidak percaya termasuk Allahyarham Hj Fadzil Nor yang Anwar akan menyertai Dr Mahathir. Sebagai Presiden ABIM, kelihatan Anwar sangat condong kepada perjuangan PAS. Tetapi Anwar telah tercium bau darah. Anwar lihat "kuasa" dalam UMNO. Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang dipijak Anwar.
Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta networks bukan sahaja didalam negara tetapi juga luar negara. Anwar mencipta kekayaan yang luar biasa melalui sahabat-sahabatnya termasuk Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli dan ramai lagi.
Rashid Hussain adalah warga negara Singapura yang memiliki firma saham sekuriti dan mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap tapi Anwar bijak menutupnya.
Mohamad Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah lebih ganas berbanding Dr Mahathir (Temuramah dengan majallah Tamadun pada 14 Jun 1998).
Pidato-pidato Anwar mengecam dan mengutuk parti PAS ketika dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR yang amat baik. Baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR Anwar cukup bagus. Anwar bijak sehingga musuh yang hendak ditenggelamkan masih tidak sedar mereka hampir lemas.
Begitulah hebatnya Anwar pada pandangan Mohamad Sabu. (petikan selepas ubah suai dari buku "Agenda Anwar, Dilema Pas" terbit Oktober)