300 orang penduduk Kampung DBI katanya terancam dengan kehadiran ular sehingga menyebabkan salah seorang penduduk baru-baru ini mati akibat dipatuk ular. Alasannya, kawasan tersebut semak dan tidak dibela oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Akhirnya penduduk kampung telah menangkap seekor ular sawa, memasukkan reptilia itu ke dalam sebuah sangkar dan membawanya ke hadapan pintu pagar pejabat Menteri Besar sambil menunjuk perasaan. Ular sawa itu hendak diserahkan kepada Menteri Besar sebagai membantah ketidakprihatinan mereka kepada masyarakat setinggan tersebut. (RUJUK DI SINI)
Ketika tinjauan dibuat, setinggan tersebut sebenarnya bagaikan kampung di dalam semak. Dan memandangkan ianya adalah sebuah setinggan, maka bukanlah tanggungjawab DBI untuk membersihkan persekitaran, sebaliknya penduduk kampung yang sepatutnya berbuat demikian. Agak memalukan kerana sudahlah menduduki tanah DBI secara haram semenjak 1970-an, mereka pula berlagak bagaikan tuan besar yang mahu orang lain membuat sesuatu untuk mereka.
DUN Buntong dikuasai oleh DAP dengan wakilnya A.Sivasubramaniam menjadi figur yang serba melawakkan. ADUN Buntong ini mempunyai hubungan yang ‘sangat rapat’ dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, sehinggakan setiap surat yang dihantar kepada Menteri Besar Perak akan turut disertasalinkan (cc) kepada Barrack Obama. Tindakannya itu seolah-olah memperlihatkan Presiden Amerika Syarikat adalah tuan besar Perak!
DUN Buntong terletak dalam Parlimen Ipoh Barat. Parlimen Barat juga dikuasai oleh DAP dengan wakilnya Kulasegaran sentiasa sibuk bercerita tentang ketidakadilan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah langsung turun melawat kawasan. Yang diperjuangkannya hanyalah Sekolah Cina dan Tamil, tetapi dia sendiri dipercayai tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah Tamil.
Penduduk Kampung DBI yang membuat demonstrasi dan ingin menyerahkan ular sawa kepada Menteri Besar seolah-olah terlupa bahawa mereka mempunyai ADUN dan Ahli Parlimen. Mengapa tidak disalurkan bantahan mereka kepada ADUN dan Ahli Parlimen yang mereka pilih? Sebaliknya segera menyalahkan Menteri Besar dan pentadbiran negeri sekalipun tanggungjawab membersihkan persekitaran rumah mereka adalah diri mereka sendiri.
Tentu ramai yang masih ingat apabila ADUN Buntong mengutuk Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir kerana menempatkan 200 orang penduduk setinggan Kampung Chakedi ke kawasan yang didakwa sebagai terdedah kepada kesan radioaktif kerana kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan tempat pelupusan sisa pepejal. Walhal kerajaan sebenarnya tidak perlu bertanggungjawab untuk membela penduduk setinggan pun. Tidak ada satu kerajaan di dunia ini yang menyediakan layanan kelas pertama kepada kaum setinggan terutama dengan memindahkan mereka ke pangsapuri, diberikan pampasan dan sebagainya melainkan kerajaan di Malaysia.
Sepatutnya ular sawa yang hendak diserahkan kepada Menteri Besar Perak itu diserahkan kepada ADUN Buntong yang tidak pernah menjengah kawasan tersebut kecuali mencemar kakinya buat kali pertama pada hari kematian penduduk yang dipagut ular. Ular sawa itu juga seharusnya diserahkan kepada Kulasegaran kerana kejayaan Kulasegaran meneruskan sikap pemimpin DAP iaitu menang di kawasan bertanding, tetapi mereka tidak pernah melawat kawasan atau mengambil tahu masalah rakyat, tetapi dalam pilihanraya akan datang, mereka tetap boleh menang.
Perhatikan sahaja gambar-gambar yang disediakan. Barangkali kalau Dewa Subramaniam muncul pun, Dewa itu juga akan tepuk dahi melihat sikap penduduk Kampung DBI yang bukan sahaja bertaraf setinggan, tetapi mempunyai pemikiran yang sangat terkebelakang… manja tidak tentu arah dan tidak ada usaha diri. Semak, sampah kayu dan sebagainya menjadi tempat pembiakan tikus yang sangat meriah. Dan memandangkan terdapat banyak tikus, banyaklah ular yang tertarik untuk menghuni kawasan tersebut bersama-sama penduduk yang hanya membersihkan kawasan dalam rumah tetapi sangat pemalas membersih kawasan di luar rumah.
Penduduk asal Kampung DBI dikatakan merupakan bekas kakitangan DBI dan terdiri daripada keturunan para pekerja pertama yang menetap di Labour Lines, Jalan Sungai Pari, Buntong sebelum merdeka. Akibat miskin dan bergaji rendah, mereka dikatakan tidak mampu membeli atau menyewa rumah lain, sebaliknya mendirikan rumah papan di sebelah kuarters dengan kebenaran DBI.
Sumber : Perak Today
Angry villagers stage serpent protest
By MANJIT KAUR manjit@thestar.com.my
IPOH: Residents from a village here brought a live 10-foot python to the Mentri Besar's office to highlight their fear of having to bear with unwelcome visits from slithery “guests” for the past one year.
“We have been having sleepless nights as we never know when a snake would come by our beds,” said labourer C. Subramani, who acted as spokesman for the group of residents from Kampung DBI in Buntong.
He said he caught the snake on Wednesday night outside his house and decided to bring it to the state secretariat building here yesterday as “proof” of their traumatic experiences.
The villagers, he said, had to bear with incidents of snakes getting into their house compounds at least three times a week.
Raising a ssstink: Subramani (right) showing the python that the villagers had caught to a policeman at Dr Zambry’s office in Ipoh Thursday. |
Subramani, 51, led the group of residents to present a memorandum to the Mentri Besar yesterday.
However, their plan was unsuccessful as the main gate of the Mentri Besar's office was cordoned off by police personnel as word got out earlier about the villagers' move.
The snake, which was kept inside a cage, was later sent to the Fire and Rescue Department. The cage was placed inside a car opposite the building.
Subramani, however, managed to present the memorandum to the Mentri Besar's special assistant Zulkefli Abdullah outside the gate of the building.
Speaking to reporters later, he claimed their previous complaints about the snakes had gone unheeded.
He said Kampung DBI, a pre-independence village, consisted mostly of wooden houses occupied by low-salaried workers and retirees and was overrun with lalang.
He claimed that the reptiles started to appear in their bathrooms and bedrooms following development work in nearby areas.
One villager died in November last year after being bitten by a snake, he said.
Zulkefli said he would hand over the memorandum to Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, who was aware of the villagers' plight.