Sabtu, 14 Mei 2011

Pengkhianatan oleh pagawai haprak dalam kerajaan negeri Perak

Tiada doket
lambakan pasir


KD terpanggil bagi menyatakan kekecewaan dan penderitaan kawan lama KD seorang pesara tentera yang mengakibatkan kerugian keatas Kerajaan Negeri Perak akibat dari pengkhianatan orang2 tertentu. Sahabat lama KD sebenarnya seorang pengusha pasir yang sebelum ini merupakan seorang bekas penyokong PKR tetapi telah beralih arah menyokong Kerajaan BN telah KD temui dan menyatakan kekesalannya terhadap perkara ini sewaktu menyelusuri sekitar Selama sebelum tiba di Sungai Tengas.



Encik Alias Hashim dalam nada sedih telah menyatakan betapa pihak Pejabat Tanah Daerah Selama tidak mengeluarkan doket untuk sejumlah besar pengusaha pasir di kawasan Larut Matang dan Selama walaupun telah mendapat kebenaran kelulusan dari pihak JPS.

Menurut Encik Alias , beliau telah berkali2 pergi ke Pejabat Tanah Daerah Selama , tetapi jawapan yang di berikan hanyalah kerana Pejabat Tanah Galian Ipoh tidak membenarkan doket ini dikeluarkan kepada 15 syarikat pengusaha pasir yang dipilih di Larut Matang dan Selama sahaja, Pengusaha lain di benarkan untuk tempoh sebulan dan disambung sebulan untuk seterusnya. Beliau telah pergi ke Pejabat Tanah Galian di Ipoh untuk mendapatkan penjelasan yang tepat tetapi jawapan yang diperolehinya ialah akan diberikan.


Beliau menyatakan terpaksa menanggung kerugian kerana ini sehingga kini selama 5 bulan sejak awal tahun 2011. Antara kos yang ditanggungnya ialah penyewaan tapak longgokan pasir, Peralatan dan tenaga kerja.

Kerugian ini berlarutan hingga kini. Beliau menjelaskan pihak Pejabat Tanah memiliki lebihkurang RM50 000 apabila beliau mula mengusahakan sejak 10 tahun yang lalu. Apabila doket ini tidak di keluarkan menjadikan semua jumlah yang menghampiri RM 5 juta apabila dikira bagi 15 pengusha dalam masa 5 bulan dapat digunakan untuk pembangunan negeri Perak di bawah kepimpinan Dato Dr Zambri.

Pengusaha Pasir


Beliau menegaskan ini kemungkinan adalah salah satu teknik yang digunakan oleh saki baki ahli pembangkang yang terdapat dalam PTG untuk menunjukan Kerajaan Barisan Nasional tidak berperi kemanusiaan dan seterusnya membuatkan pengusha2 pasir membenci kerajaan. Tambahan pula kedudukan mejoriti yang terdapat di dua dun berdekatan iaitu dun Selama dan Kubu Gajah amat tipis. Beliau amat berharap agar pihak pejabat Menteri Besar dapat mengambil tindakan yang wajar terhadap perkara ini. Kerana katanya pihak PTG sengaja melambat2 kebenaran ini dan berupaya menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan dan seterusnya memberikan undi kepada pembangkang dan menjaminkan pihak pembangkang akan menjadi mejoriti yang lebih selepas pilihanraya nanti di DUN Perak.

Di petik daripada blog Kelisa Duri.