Khamis, 21 Julai 2011

Parti Pas hilang jati diri

Akhir-akhir ini Pas benar-benar hilang JATI DIRI. Pas dahulu boleh dilabelkan dengan sikap ektrim yang melampau terhadap Islam dan Melayu. Bangsa lain dianggap halangan dan musuh mereka untuk menguasai politik tanahair.

Justeru, Umno dan Perikatan dianggap kapir oleh Pas. Ini bukan perkara baru, ia berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Walaupun Umno bersama Mic dan Mca, semangat ketuanan Melayu terus didokong oleh Tunku. Pas terus menentang kerana khuatir kuasa Melayu akan hilang. Lantas Fuad Hassan dari golongan ulama Umno keluar parti dan menubuhkan Pas pada tahun 1951.

Pada tahun 1966 Dap telah ditubuhkan kerana marahkan penyingkiran Singapura daripada Malaysia. Tiga tahun selepas itu Dap mendalangi peristiwa 13 Mei 1969. Di mana Pas ketika itu?

Kini Pas yang kemaruk kuasa telah menggadaikan segala-galanya. Tunduk kepada Dap kerana mahukan undi bukan Melayu. Apa juga penghinaan Dap terhadap Melayu dan Islam dipandang sepi oleh Pas. Terkini ialah isu hiburan di Kedah. Pas tarik hand brake sepantas kilat.

Di Johor, Dap mempertikaikan jumlah orang Melayu yang ramai dalam jawatan kerajaan, Pas tetap membisu.

Isu rampasan dan jualan arak di Selangor, Pas terus membisu. Pas hanya pandai menyerang dan mengkritik jika isu berlaku dalam negeri yang diperintah oleh BN.  Contoh yang disebut dalam artikel kelmarin ialah tentang kasino di Genting Highland.

Isu kilang arak di Shah Alam selesai selepas Pas menguasai Selangor. Ayat yang Pas guna ialah " Islam itu adil, dan tidak merampas hak-hak orang bukan Islam" , Habis tu, kenapa sibuk dengan kasino di GH? Kenapa sibuk dengan kilang arak di Selangor dahulu?

Esok-esok, anak orang Pas dirogol oleh Dap, Pas akan bisu kerana gagal mengemukakan 4 saksi.

PAS HARI INI MEMANG SESAT, HILANG TARING DAN HILANG JATI DIRI